[52] Memang Gitu Jadinya.

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Orang penat memang boleh tidur kat mana-mana je kan.
Orang penat memang kalu tertidur susah nak terkejutkan.
Orang penat memang lena tidurkan walaupun tempat tak selesa.
Orang penat memang dah slalu tertidur je.
Orang penat memang tak pegang janji.
Orang penat memang selalu kata nak tidur 1/2 jam je tapi melarat 2, 3 jam..

Tapi orang penat tu bangun-bangun terus mengucap.. Astrafirullahalazim.. Subahanallah.


Bukan sebab apa, terkejut tengok keadaan sekeliling. Macam tak percaya dalam keadaan tu pun, lena teramat.. Semoga orang penat tu tak penat dah lepas ni.  Orang penat tu lebih aktif dan ceria selepas ni.. Hopefully..


Lepas ni, orang penat nak tertidur camni la, baru nampak cute.. Tapi nak alas dengan buku supaya semua ilmu masuk terus dalam kepala.. Hoho.. 

p/s: dapat call jemputan program Apa Kata Wanita selepas terkejut.. Live kat Tv1. Siapa nak ikut angkat jari. tQ.. hehe..


[51] Rindu Melbourne.

2 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih untuk kenangan bersusah payah bermarketing, mencari tempat tinggal, mencari maklumat berbagai, berjalan jauh, merangkak baca peta, naik tram, makan makanan besar, peluk dalam kesejukan, menangis ingat Malaysia, bergambar sakan, tahan drp menjerit kat airport, sembahyang merata tempat, membeli belah di Vic Market, puasa di negara orang, tidur tak pasang kipas tapi pasang heater dan macam-macam lagi.




Semua tu dah jadi kenangan yang akan diabadikan dalam ingatan. sampai bila-bila insyAllah. Alhamdulillah.. Jurnal dah siap, laporan dah siap. Lepas ni harap bakal suami bawak honeymoon gi aussie. haha. *just kidding*. Okla. bye.

"Indah pada kenangan yang terbina, semoga indah juga pada ukhwah yang terbina"

[50] My new fish.

0 Komen
Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Saya nak memperkenalkan fish saya yang baru. Sebelum ni, ada bela jugak tapi mati. Then, sekarang saya dah ada pengantinya.. hehe



Ni la gambar 2 ekor ikan gapi saya. Ikan ni la yang temankan saya kat bilik dan jadi bahan mainan saya ketika saya bosan. Harap-harap ikan ni bertelur dan dapat banyak anak ikan. Huhu.. Tak sabarnya nak dapat banyak anak ikan.. Opppss lupa.. Ikan ni saya tak beli taw, ada orang bagi. Orang tu adalah Mr Pres. Hehe.. Tq Mr. Pres.. Untungnya saya dapat ikan ni. Pesanan dari Mr Pres, "dyana, pastikan ikan ni tak mati.".. Hehe.. Orait bos. Hari-hari ikan ni makan best, makan biskut mahal roti mahal. Untungla ikan. Makan dah best, so jangan lupa bagi Mummy cucu. *ok, saya bahasakan diri saya mummy dgn anak ikan saya*.. Hehe.. Okla. itu saje pasal my new fish..

Bye, bye..
With Love,





[49] Banyak benda yang mengimbas kenangan zaman sekolah.

0 Komen
Assalamualaikum & salam sejahtera.

Awal pagi lagi, saya dah start copy doa then tulis dalam jawi.
Seriously, teringat zaman sekolah. Sebab zaman sekolahlah banyak guna jawi. Dah masuk matrik semakin kurang guna dan masuk UKM lagi la tak langsung. Nasibla tulisan masih cantik dalam jawi. *eh terpuji diri sendiri pulak.*

Malam pulak, tengok budak BSMM training kawad. Dan teringat lagi zaman sekolah, petang-petang mesti training kawad. Bila ada competition, pagi petangla training. Saya start resign kawad kaki totally lepas PLKN.

Dalam diam, saya berkata saya sangat rindu zaman sekolah.


[48] Program Perjalanan Selamat

0 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fuh.. fuh.. Dah berhabuk blog ni. Disebabkan masa sangatlah tak cukup saya memang tak sempat nak update blog ni. Maafla ye blog tersayang.. Tapi hari ini saya nak share pasal program Perjalanan Selamat yang ditaja oleh Exxon Mobil dan dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalanraya Wilayah Persekutuan.


Program ini diadakan di Dataran Merdeka pada 10 Disember yang lepas. Antara aktiviti program ialah, senaman pagi, berjalan melalui dari dataran merdeka, sogo, masjid jamek dan patah balik ke dataran merdeka dengan membawa sepanduk masing-masing, bacaan ikrar, pameran dan cabutan bertuah.




Sempat jugak abang DJ ni buat lawak sepanjang program. Disebabkan mereka, saya berdiri disitu.. Untunglah anda yang menarik saya ke depan..



Terdapat juga beberapa IPTA yang turut serta iaitu UTM, UKM *its my group*, UPM, UIAM dan UM srpanjang program ini. Dan yang paling best kami juga dijamukan dengan nasi lemak yang best tapi tak sempat nak makan banyak sebab nak ready utk ikrar, dan KFC.


Lebih menerujakan kami dan lagi untungnya kami, kami menang no 2 untuk pertandingan sepanduk. UTM no 1 dan UPM no 3.. Hadiahnya berupa Wang Tunai sejumlah RAHSIA dan sijil penyertaan..



Ni sijil yang ditanda tangan original bukan cop2 taw.


Terima kasih Tuan & Puan polis trafik dan seangkatan dengannya yang mengawal lalu lintas sepanjang program. Feedback from student who involve dalam program ni, mereka berkata program ni sangat best dan sangat appricate peserta yang pergi. Mestila seronok sebabnya dahla dapat KFC, t-shirt dan macam-macam. Program ini juga adalah kali kedua diadakan. Dengar khabar, program ni akan diteruskan pada tahun-tahun seterusnya. Jangan lupa join next year.

Tahniah kepada team UKM atas kejayaan memenangi tempat ke 2dalam pertandingan sepanduk Keselamatan Jalan Raya semasa Program ‘Perjalanan Selamat’, anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Exxon Mobil pada 10 Disember 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang melibatkan pertandingan antara enam IPTA sekitar Lembah Kelang. Team UKM seramai 40 orang terdiri daripada siswa/i Sekretariat Rakan Muda dan kakitangan JPPel telah menjayakan program berkenaan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Program berjalan kaki secara beramai-ramai ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat diadakan sejajar dengan hasrat kerajaan dalam menjayakan Tema Ke Arah Pelaksanaan Dekad Keselamatan Jalan Raya 2011-2020. Tahniah sekali lagi kepada team UKM.


(epelajar/bul/bil.15122011-22)
p/s : thanks to penyumbang gambar : suraya, fariz dan wana.
p/s : ni program SRM UKM taw. 
p/s : yg di ucapan tahniah dicopy paste dari E-pelajar..


[47] Sambutan Ke - 21

0 Komen
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni dengan rasminya saya dah masuk 21 tahun. *ish, dah besar dah* kih2.. Thanks kepada yang wish dan doakan saya. Tahun ni macam-macam perkara happening yang wujud dalam hidup saya. Orang pertama yang nyanyikan lagu birthday is kawan-kawan dari delegasi Thailand semasa bertugas di Pusat Maritim as what. Tak pasti pulak tapi ala-ala volunteer la. 

Then hari ni dapat surprise daripada kak zaty, suraya dan diah. Thanks korang. Selama ni selalu bila birthday saya, saya selalu di rumah. So first time la takde di rumah pada tarikh 29 Nov.

 Eh, tinggi la saya.!

Sedap kek ni. Terima Kasih gigih mencari kek walaupun esok exam.

Tak lupa, happy birthday to my cousin abg raflis.. Cepat-cepat ye kawen, umur pun dah meningkat. hihi

p/s: Goodluck su dan kak zaty utk exam esok!!






[46] Maal Hijrah 1433H

0 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Selamat Tahun Baru.. Salam Maal Hijrah 1433H. Selamat Tinggal 1432H.. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni. Kita akan lebih mendekatkan diri pada Nya. 

 copy daripada Ilham Mindaku. Terima Kasih.

Alhamdulillah, hari ni saya masih bernyawa di bumi Allah ni dan berpeluang mencapai matlamat tahun sebelum ni dengan sempurnanya. Syukur tak terhingga kpdNya. Semoga matlamat tahun 1433H ni akan tercapai jugak. InsyAllah. Doakan ye untuk saya.


Kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf kepada semua atas salah silap, terlangkah ke kawasan larangan, terlepas cakap, telajak perlakuan dan segalanya. Sesungguhnya saya insan yang sentiasa melakukan kesilapan tapi sentiasa mengharapkan perubahan. Maaf ye!! Okla. saya ada keje mahu disiapkan. Bye.

p/s: jangan lupa doa awal tahun.
p/s:agak2 umur saya ni sesuai pegi kursus kawen tak?


"Pertingkatkan Ibadah, Perbaiki Akhlak & Perindahkan Pribadi"



[45] Tak usah nak touching.

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lately, memang saya sangat busy. Tengok jela blog ni ha, memang tak terurus, takde sebarang post baru. Pagi nanti pun ada program Siswa Sihat.. Tapi mata tak leh nak pejam-pejam.

Sekarang ni tengah sibuk dengan persiapan ke Aussie dan Ekspresi Remaja TV9.. Persiapan nak ke sana masih lagi dalam proses. Thanks to muhammad, liyana, anas dan lain-lain yang membantu. Sahabat-sahabat yang turut sama menjayakan proses di Malaysia juga terima kasih.. dan saya percaya kepercayaan yang saya letakkan kepada mereka sebelum ni tak sia-sia. InsyAllah kita akan berjaya pergi sana, balik Malaysia dan buat jurnal untuk UKM..

Persiapan Ekspresi TV9 masih jugak berjalan.. Tarikh event tersebut 15hb Oktober ni.. So kerja memang banyak banyak banyak. Walaupun ada yang perasaan saya online je, tapi sebenarnya itu hanya selingan saya sambil siapkan assignment, tugasan program dan macam-macam. Seriously, bagi sesetengah orang mengatakan saya takde life tapi sebenarnya saya ada pelbagai jenis life yang berbeza dari orang lain. Okey.

Sungguh saya mengaku, saya tak sempat nak bagitahu sesiapa yang saya bakal ke Australia even my best friends sekalipun. Saya sedar sekarang ada yang marah dengan saya sebab dia tak dengar dari mulut saya sendiri tapi dari orang lain. Telefon family sendiri pun tak sempat, lagikan kawan-kawan. Sehinggakan ibu saya berkata, "nak cakap dengan anak sendiri pun susah..".. Seperti saya katakan, tiba waktunya saya akan bagitahu jugak. So janganla touching touching.. Saya tak sempat nak jaga perasaan orang, nak fikir benda yang remeh temeh.. Diri sendiri pun tak terurus sekarang ni. Inikan nak uruskan hal orang lain.. Huhu..

Saya harap takde pihak yang touching touching dengan saya lepas baca ni. Saya hanya perlukan sokongan, doa dan yang positif sahaja. Saya akan bagitahu juga kepada kawan-kawan apabila saya dah confirm pergi sana, sebelum ni memang tak confirm. Kalau bagitahu then tiba masanya tak pergi, gerenti malukan..Alhamdulillah, semalam tiket dah beli.. InsyAllah, 21hb Okt ni dalam kira-kira lagi 12 hari lagi..

Semoga semuanya lancar. Kawan-kawan yang di Melbourne, nantikan kedatangan kami.. Untuk pengetahuan, dalam 1 bulan persiapan semuanya hampir selesai dan saya sangat sangat tak sabar untuk sampai ke garisan penamat.

p/s:Terima kasih mem untuk sesi makan kek, teradvance 1 bulan dari tarikh birthday. Love from us SRMUKM..

"If u are really my friends, u should me know me very well.."




[44] Hari Yang Memenatkan..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ni saya terpaksa online di PTSL a.k.a Perpustakaan Tun Sri Lanang. Macam-macam perlu saya buat malam ni.. Email itu ini kepada kawan-kawan sebab kat bilik memang takde LANGSUNG internet.. Terima kasih Jaring UKM.. Huhu.. Sory kpd sesiapa yang nak jumpa saya dis week tapi saya asyik lupa.. Lepas ni macam kena ada assistant khas.. Apa boleh buat, dah tak macam student dah rasanya..

Malam ni jugak saya habiskan masa mengulangkaji, seminggu tak sempat buka papepun.. Seyes, teruk.. Kalu ibu taw ni, matila.. Nak kena arrange itu ini, memang memerlukan masa yang panjang.. Kalaulah boleh dibeli masa, dah lama dah sanggup labur duit banyak-banyak.. Ish..ish..

Harini.. My senior ada yang dah konvo..  Esok pun ada jugak.. So apa lagi.. Memang wajib turun memeriahkan dorang.. Kalau tak, tak adilla untuk mereka.. Sebab tahun lepas, saya pun turun sambut senior-senior konvo.. Tahun ni agak berbeza sebab sangat ramai.. Memang tak sempat nak jumpa semua senior.. Tahniah kepada semua yang konvo 39 ni.. Semoga kejayaan terus mewarnai hidup anda semua..

Sekarang dah penat, maybe sebab mengharungi hujan, panas dan lain-lain.. Penat kat cini bermaksud tak sihat, selsema dan batuk sudah.. Jangan lupa nantikan gambar-gambar konvo dorg.. Okla, want to continue my revision..

p/s:kalu post ni tak best, harap maaf..

[43] Jom Mendaftar Sebagai Ahli SRMUKM..

1 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 ni poster..

ni pulak utk profile picture....


Sempena Minggu Pengenalan Persatuan di UKM ni.. Saya dah berjaya menyiapkan benda-benda kat atas.. Kepada student UKM tak kira la siswazah atau pra siswazah, jomla join kami.. Seronok taw.. Disini kita akan jadi satu family di UKM dan lain-lain..

Tak boleh nak mengarut lebih-lebih sebab ada lagi 2 pages kena abiskan.. Jangan lupa doakan saya utk esok, harap ada berita gembira.. Hihi..

"Semoga ALLAH mempermudah segalanya.."




[42] Syawal Kali Ini

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah lega rasanya bila banyak perkara dah settle.. Cuma tinggal beberapa perkara yang belum settle terutamanya kolej kediaman.. haish.. Sekarang kena la biasakan diri hidup menumpang, kesian si tuan bilik..

Raya tahun ni agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, sebab arwah ki wan dah tak de.. Al-fatihah.. Jadi takde la nak balik raya rumah ki wan pagi-pagi lepas sembahyang raya. Dan takde jugak sesi berebut pertahankan nak balik rumah ki wan dulu baru balik rumah tok dan tok ki, i means family belah ayah..

Raya pertama saya memang tak ke mana, just duduk rumah. Then forward massage raya kepada nombor-nombor yang ada dalam hanset. Rupa-rupanya nombor dalam hanset tu kebanyakkannya dah tak dipakai sebab msg tak delivered. Paling best, kena serang dengan bini orang *citer selanjutnya hanya org tertentu je tau..*.. Nasibla saya ni penyabar, kalu tak, de yang kena sembur ayat-ayat best.. huhu..Sekarang ni, hanset saya dah mengeluarkan tanda-tanda positif untuk saya beli hanset baru tapi maaflah, saya tak mampu.. Tunggu kerja dulu. Ehem.. Kalau ada sesiapa yang nak sedekah hanset kat saya pun boleh.. hehe..

 family saya di pagi raya ke berapa entah..

Raya ke 2, macam biasa pergi rumah sedara mara sebelah ibu di Chabang Tiga. Dari pagi sampai maghrib baru balik.. Seronok dapat berkumpul dengan cousin-cousin yang lama tak jumpa. Al maklumla, family terlampau besar.. Jadi kadang-kadang tak sempat nak jumpa, masing-masing clash masa bila raya.

Raya ke 3, kami sekeluarga pergi beraya rumah sedara sebelah ayah pulak. Yang ni takdela masalah sangat sebab keluarga takdela besar sangat.. Ayah cuma 9 orang adik beradik, Ibu pulak berbelas2..huhu

Raya ke 4, saya tak kemana siang hari sebab rumah memang buat open house setiap 4 syawal.. So lepas ni sesiapa yang nak datang, boleh datang.. Kali ni, saya takde nak jemput-jemput kawan-kawan datang tapi ada jugak yang datang.. Bukan taknak jemput tapi malas nak send massage..

Raya ke 5 dan ke 6, saya keluar dengan kawan-kawan.. Beraya rumah ustazah dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Terima kasih sebab datang rumah saya then bawak saya keluar..

 tahniah dayah untuk majlis pertunangan anda..

Raya ke 6 jugak la saya naik bas balik Bangi. Ibu siap bising sebab pukul 6 petang tak balik rumah lagi sedangkan pukul 8 dah nak gi stesen bas. Tapi time tu je boleh nak jumpa kawan-kawan yang lama dah tak jumpa. Nanti bila ada yang dah balik belajar kat u masing-masing dan ada yang fly nun jauh disana.. Tak tau bila pulak boleh jumpa.


 Kawan sekolah menengah chendering..

Bila dah sampai Bangi, saya memang akan bertukar menjadi orang yang busy. Sampaikan bila jumpa kawan-kawan masa raya aritu, dorang semua perli.. Kali ni, saya busy dengan pelajar baru dan pemudahcara pelajar baru.. Sepatutnya kerja saya dah siap before orentasi pelajar baru lagi tapi saya kenalah bantu sahabat-sahabat lain jugak.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Maaf sekiranya terdapat kesilapan yang dsedari atau tak disedari yang saya lakukan kepada anda semua.

Selepas saya dan sahabat-sahabat di Pemudahcara Pusat settle kerja. Kami keluar makan ayam penyet, raya sesama dan sambut kemerdekaan di UKM.. 5 buah kereta tu, memang meriah la..
Walaupun baru kenal dalam beberapa hari tak lebih 5 hari, kita memang rapat.. Bila sama-sama bidas antara satu sama lain, takde pun yang sensitif dan lain-lain.. Its a truly friendship..

 Ayam penyet..

 Beraya di rumah En Musa..

Sambut Hari Kemerdekaan di stadium UKM..

Hari ni, saya sedikit free sebab kelas hanya satu jam, dan temujanji pagi ni awal-awal lagi dah settle.. Ni la sebabnya saya ada masa untuk berblog sesorang di bilik SRMUKM..

Sekian dari saya..

p/s:tak mampu nak letak sume gambar disini..maaf ye..

"Jangan kita kata dia sahabat kita sekiranya kita tak pernah jujur dengan dia."

[41] Isi Rumah Dah Penuh Edisi Raya..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semua dah balik dari asrama.. Seronoknya bila semua dah memenuhi rumah.. My sisters came back from MRSM Kepala Batas and Kolej Profesional Mara Kuantan..

Excited tunggu mereka pulang, walaupun ngantuk..ngantuk..ngantuk tahap mata tak leh bukak.. Sanggup saya tunggu.. Maklumlah masing-masing stay jauh-jauh.. Time camni je mampu jumpa.. Berbulan-bulan masing-masing di perantauan.. Sebenarnya kami adik-beradik jarang berpisah tapi sejak 3 tahun ni iaitu saya yang dahulu memecahkan rekod pertama dalam family saya  mulakan dengan belajar jauh-jauh then mereka turut sama follow saya.. Memang ibu saya tak senang duduk dengan keputusan kami tapi lepas dipujuk-pujuk, akhirnya ibu saya dah terbiasa.. Kalau nak pergi luar negara pun ibu dah tak kisah kan? haha.. Memang kena kejar dengan batang penyapu la..

Actually, ibu saya tu memang manjakan kami tapi dia tak manjakan kami dengan wang ringgit or harta benda.. Kasih sayang, yes.. Itu yang dia bagi.. Sampaikan dia kata dia nak anak-anak dia duduk depan dia setiap masa.. Hehe.. Then words yang paling saya suka dengar from ibu saya ialah "Ala..ala..anak ibu..ibu sayang anak ibu.."..

Bila isi rumah dah lengkap, baru lah sedar itu ini tak cukup lagi.. Pastu sesi keluar ke bandar memecah rekod, dari sebelum zohor *pagi-pagi* sampai lepas zohor *kat kul 5.00 baru balik*.. Pergi cari barang dapur kat Sabasun.. Kedai famous dalam Kuala Terengganu.. Bandar Kuala Terengganu takdelah jam a.k.a bolok sangat.. Tapi kalu kat Giant, Mydin Mall tu tak yah nak cakapla.. Bak kata orang ganu, bolok kat jalan tu ha.. Nak dapat parking kat Giant memang nak kena sabar tahap tinggi.. Nak singgah Mydin Mall pun tak hinggin masa tu.. Last-last pergi bandar Kuala Terengganu, baru lah jumpa baju sepasang untuk adik, 2pasang kasut untuk adik-adik..

Disebabkan kepenatan tahap tak sedar diri, saya memang tidur tak sedar diri.. Langsir dari semalam nak gantuk, tak gantung-gantung lagi.. Hahaha.. Tapi sempat pulak update blog.. Okla, nak chow dulu..

Hari Raya yang mulia, jangan kita buat maksiat pada hari mulia ini..

p/s : doakan saya tak demam di pagi raya. Ni pun dah little bit batuk-batuk.




Doodle DN002 :: Berterus-terang

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Jangan lupa drop your comment..

Doodle DN001 :: My First Doodle

2 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni, saya bakal iftar bersama adik-adik saya sebab ibu dan ayah saya pergi kuantan.. Ambil adik saya nombor 2 di kolej dia. First time iftar without my parents in this Ramadhan..

Ni kali pertama saya hasilkan doodle saya sendiri.. Harap anda dapat bagi komen..
Saya harap saya boleh hasilkan doodle yang lebih menarik, cute, kombinasi warna yang menyerlah dan sesuai dan bla bla bla...

p/s : saya akan gunakan kod Doodle DNXXX pada title post doodle saya.. XXX merupakan nombor doodle saya.. Post doodle jugak takkan ada kata-kata penutup ala-ala kata hikmah macam biasa saya letak pada setiap post saya..


[40] Ada Cerita Disebalik Baju Raya Tahun Ni..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mesti pelikkan bila baca title post " [40] Ada Cerita Disebalik Baju Raya Tahun Ni.. ".. Tapi takde yang pelik mahupun yang best pun, cerita ni biasa-biasa je.. Sebenarnya tahun ni agak banyak kot baju raya berbanding tahun lepas.. Sebelum ni, ingatkan dah takde baju raya.. hehe.. Tahun lepas, saya hanya ada 2 pasang baju raya. Yang 1 tu saya pergi beli kat Jalan TAR with our beloved SRM seniors.. Yang 1 lagi tu pulak, my aunt bagi..

 ni baju raya tahun lepas..

Tapi tahun ni berbeza pulak ceritanya.. Malu nak cerita tapi seronok untuk bercerita.. Hehe.. Complicated pulak.. Ok, bila dihitung saya adalah 4 pasang baju raya.. Terima kasih daun keladi mak cik tukang jahit sebab siapkan baju saya yang saya dah hantar berbulan-bulan yang hampir setahun gamaknya.. Jadi bolehlah saya pakai untuk raya ni..

Kalau nak tahu, 2 diantara 4 pasang tu saya beli kain kat UKM time ada ekspo apa entah masa first year.. Lamakan.. Can u imagine if u in my foot..? haha... Tapi salah saya jugak sebab saya tak de masa nak tempah atau hantar kat mak cik tukang jahit. Nak jahit sendiri pun takdapet la.. Kemahiran menjahit takde langsung dalam diri ni.. But one day, i hope i can spend time to learn to sew baju kurung and baju melayu.. Hehe.. Mana tau kalu panjang umur, nak jugak jahit for my family..

Sepasang lagi baju kurung tu pulak, ibu saya beli kain masa shopping kat Kota Bharu a.k.a KB.. Sebenarnya ada 1 kain lagi tapi dah lama siap berjahit, dan dah dipakai pegi kelas..Masa tu saya tak ikut, almaklumla merajuk panjang.. Hehe..*blushing* .. Orang lain, i means my family members yang lain dah jahit pun kain tu tapi saya je belum.. So postpone la, tahun ni baru boleh pakai sebab dah siap dijahit pun.. Terima kasih lagi mak cik tukang jahit..

 ni pulak gambar raya bersama family srm di rumah kak dila, lokasi ampang..

Then yang last tu pulak, mak cik saya atau Cik Nun yang bagi kat saya.. Baju tu dah siap tapi saya je tak pakai sebab kain dia kain sarung.. So saya hantar kat rumak mak cik jahit untuk dipasang getah pinggang.. Tadaa.. Akhirnya tahun ni boleh pakai.. Terima kasih mak cik tukang jahit..

Jadi tahun ni saya ada 4 pasang baju yang hasil dari merajuk tak nak hantar ke rumah mak cik tukang jahit, merajuk sebab baju yang di jahit *sepasang je* tak sama dengan kehendak saya. haha.. Malunya.. Ah, abaikan.. 4pasang = 3 baju kurung + 1 baju kebaya..

Terima kasih juga kepada mak cik saya a.k.a chu sebab belikan kain untuk saya dari Bandung.. Tapi sayang, kain tu tak dapat nak pakai tahun ni sebab tak de orang nak jahit.. So tahun depan, saya akan cuba usahakan hantar ke mak cik tukang jahit lagi.. Hope takde lah ambil masa yang lama lagi untuk di jahit..

Okla, nak sambung buat kerja pulak.. Kalau nak share citer baju raya, sila-sila la share disini..

"Raya-raya jugak, Jangan lupa ganti puasa pulak.."


[39] Salam Aidilfitri..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

click gambar di atas untuk lebih jelas..

Salam Aidilfitri Kepada Semua Rakan-rakan dan Yang Mengenali Diri Ni.. Macam terlebih awal pulak nak bagi ucapan tapi lepas ni mungkin dah busy dengan urusan-urusan lain contohnya preparation raya la kan, pasang langsir, itu ini..

Ampun dan maaf seandainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
& TERmacam-macam lagi..

Sekiranya saya ada salah silap harap dapatlah maafkan.. Saya ni hanya insan biasa yang sentiasa membuat silap.. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna buat semua.. Yang pergi tetap pergi, yang masih hidup harus teruskan hidup.. Yang tak balik kampung tu, jangan lupa orang-orang kampung. Mereka pasti menanti kepulangan anda..

Keracunan makanan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni.. Kemalangan toksah nak dicerita, every day mesti je berlaku.. Jadi jangan lupa jaga pemakanan, kesihatan, pemanduan dan lain-lain sepanjang musim perayaan ni..
"Salam Lebaran, Maaf Zahir Batin.."