[2] Kebaikan dan Keburukan MLM..

Selamat petang semua..

Tempat korang hujan tak??Kat bangi ni hujan lah tapi takdelah lebat..biasa-biasa je..hehe...Hujan macam ni best kot kalu kita berfikir sekejab..Kalu korg nak tahu, hari ni saya banyak lupa perkara yang perlu ingat..Nak kata tua, muda lagi..Tapi tikah kata "ko lupa sebab ko banyak fikir.."..Yela, tikah..Thanks to Tikah sbb sudi temankan hari-hari yang membosankan di UKM..Bercakap pasal fikir..Petang ni saya terfikir nak tahu sesuatu walaupun dah tahu..Ilmu yang ckit kalu ditambah takdela masalahnya cik dyana oii..Ni ha!!Pasal MLM..Entah kenapa ttiba rasa nak taw ckit pasal benda ni..Tertarik pulakkan..haha


Apa itu MLM erk?
Bila saya search kat internat gne google, katanya MLM ni Multi Level Marketing..Yang menggunakan sistem piramid..Tapi saya takdelah taw sangat maksud dan cmne sistem sebenar..Apa yang saya pernah tahu, kita kena jual produk dan dalam masa yang sama kita tarik org masuk under kita..Saya nak cerita kat sini pun tak pandai tapi saya faham lah jugak pasal benda ni..


Kebaikan MLM yang saya tahu?
Dari sudut positif, MLM ni boleh buat kita kaya..dapat duit lebih bagi pelajar dan side income bagi pekerja diluar sana...Sapa nak kaya cepat sila lah masuk..*mood promote jab*...ada yang kata kalu nak jadi jutawan pun boleh dengan sistem ni..haishh..

Keburukan MLM yang saya nampak?
Kehilangan org sekeliling kita, iaitu keluarga, kawan, dan yang ada gf/bf pun boleh putus.
Melalaikan kita sbb kita terlalu asyik mencari org sampai lupa banyak benda tapi bagi yang tak lalai tu, tahniah!!Keluar malam selalu, yang ni agak bad la..*kata sopannya*..Bukannya saya kata ni mcm saya tak pernah kluar malam tapi kalu org join ni biasanya everynite dorg akan keluar pergi talk la, pergi cari client la..Tak manis la utk perempuan..Ketinggalan dalam pelajaran, yang ni utk org yang belajar..yela, dah kuar malam...Balik pun tengah malam..oppsss silap, awal pagi..*kata sopan lagi*..Bila masa nak study.?Balik penat, tdo..Memang akan ketinggalan..Assignment pun entah kemana..So kpd student yang join MLM tapi dapat 4Flat, tahniah!!Emosi terganggu..Bila rehat tak cukup, tdo terganggu..Saya yakinlah emosi kita terganggu..Duit yang kita dapat tu agak diragui la..Bagi pndangan saya, kadang-kadang kot korg gne helah utk bawak orang ke tempat talk korg tu kan..Jadi, ada yang terpaksa jgk pergi sana, dan ada yang kena kuar duit sbb bosan kena brainwash.. Saya rasa macam hidup kita takkan bebas lepas join benda ni..


Ini lah kebaikan dan keburukan yang saya nampak tentang MLM setelah saya baca dari beberapa blog..Saya nasihatkan apabila kita nak masuk sesuatu bidang terutamanya perniagaan, kita seharusnya memastikan kita tahu betul-betul tentang bnda tu, kebaikan dan keburukan..Dan cuba fikir masak-masak sebelum buat keputusan..Tanya pendapat org yang lebih pengalaman..Tak salah kita bertanya..Jangan kita menyesal dikemudian hari sudah..Sesiapa yang join MLM ni, pastikan anda tidak menyenaraikan keburukan MLM dalam diri anda...

" wang boleh dicari tapi kasih sayang jangan diketepi "
 

p/s:ini hanya perkongsian

5 comments:

  1. Salam Saudari..
    Apa yang saudari faham tentang MLM? Apakah saudari tahu semua perkara tentang MLM sebelum saudari ingin kongsikan di mana2 tempat yang saudari inginkan? Sistem piramid adalah salah satu sistem yang terdapat dalam MLM. Sejarah MLM, dahulu org2 Skim Cepat Kaya menipu org lain dgn mengatakan diri mereka dari pihak MLM. Sbb itulah ramai pihak tidak berminat akan MLM dan anti MLM. Sedangkan MLM hanyalah satu medium perniagaan dimana untuk membantu org2 yg ingin mengubah hidup ataupun mencari duit bagi yg miskin dan tidak mempunyai kelayakan secara akademik. tetap semua background blh dilihat dalam MLM. Kita lupa, dimana bila kita bekerja, di situ lah sistem piramid sebenarnya, kerana kita sbg org bawahan tdk boleh melintas gaji majikan kita(makan gaji). Berdasarkan Sunnah Nabi kita juga, 9/10 adalah perniagaan. 1/10 adalah makan gaji. Ye, duit bukan segala2nya, tetapi hari ini semuanya memerlukan duit. Harga RM1 dahulu dan sekarang adalah berbeza. Kalau saudari ditahap sudah mempunyai kerjaya(bukan kerja), saudari layak menyatakan duit bukan segala2nya, kerana masa itu saudari sudah mempunyai duit dan boleh membeli apa sahaja diinginkan serta menghantar ibu bapa saudari ke Mekah. Kalau hendak diceritakan tentang MLM, sgt byk. Hanya ingin berkongsi pada saudari, semntara saudari berkongsikan pasal MLM di sini dan saudari pun belum cukup ilmu untuk menletakkan keputusan tentang MLM. Assalamualaikum, salam perkenalan dari saya.

    ReplyDelete
  2. to Anonymous : terima kasih atas kesudian saudara/i komen di post saya ni. saya juga masih mencari fatwa dan hukum MLM. Berdasarkan Sunnah Nabi kita juga, 9/10 adalah perniagaan. tapi jenis perniagaan yang macamana? macamana konsepnya.? adakah perniagaan berdasarkan sistem piramid ni masih sperti peringkat awal, tidak dicemari dgn aktiviti2 yang xsepatutnya. mungkin saudara/i kurang mengerti maksud saya. Majlis Fatwa Kebangsaan pernah menyatakan perniagaan MLM harus tapi ada beberapa sebab hukum harus menjadi haram. waallahu a'lam.. semoga rezeki yang datang drp Nya adalah dari sumber yang halal dan diberkati Allah.

    ReplyDelete
  3. tak semua MLM tk bagus.....kita cuba kaji dan tengok dulu pelan pemasaran diorang....search,kaji,tanya pendapat orang dan sebagainya dulu sebelum buat apa-apa keputusan.....

    ReplyDelete
  4. tengok jgk la.marketing plan mcm mana,susun kiri dan kanan,pairing ke,matahari ke?pastu bonus tu di byr sebab tanggungjawab,mesti bersedia bekorban masa dan tenaga.Ni business,bukanya pelaburan.Oh..ye,zaman nabi ada piramid,kt mesir.skrg ada gak sunway piramid,nak kata x bagus.hari2 orang pergi.hihi..nak mudahkan cite,siapa rajin berjaya,yg malas tinggal la angan2,yg gagal ni la akn di kutuk rapat,yg berjaya di sanjung.bgi pendapat saya,walaupon ada yg gagal.sekurang2nya berani mencuba dan ada pengalaman dan dpt belajar dari kesilapan.Benda yg x di ajar di universiti,kita di ajar untuk bekerja,masuk universiti untuk dptkan pekerjaan yg bagus,nak bayar ptptn,nak byr moto,keta,rumah,nak kawin,nak bawak mak dan ayah pergi haji.Mampu ke???Dlm industri networking sudah membuktikan pendapatan Rm20k keatas x mustahil,share peluang dan impian dengan orang lain.Bukan saling menjatuhkan perniagaan orang lain seperti perniagaan tradisional.santau sana sini,sapa yg naik pangkat akn di cemburui dan di santau.perkara ini x berlaku dlm MLM.nak berjaya ikut orang yg berjaya.lagi banyak kita bantu rakan niaga,lebih tinggi income kita.Sekadar bekongsi,jangan ambil hati.

    ReplyDelete