[22] Ayat Yang Memotivasikan Semua Wanita..

2 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mungkin ada yang tersentap, ada yang tak suka apabila saya tulis status kat facebook seperti di bawah..tapi biarlah facebook saya, saya punya suka la..haha..


Kalau nak tahu, ayat ni saya ambil dari kata-kata seorang lelaki..dia merupakan seorang lelaki yang berhati mulia bagi saya, dia banyak membantu kaum hawa yang teranaiya..Betul kata beliau dalam sebuah rancangan "saya lelaki, saya tahu apa lelaki mahukan, jadi kalau dah dia buat tak endah kat perempuan tu..Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah dah tunjuk kat kita lelaki tu betul2 sayang kita atau tak.. dan jangan kita terhegeh2 pulak sampai sanggup gadaikan maruah.."..

Saya sokong sangat apa yang beliau katakan..Beliau juga yang telah menubuhkan salah sebuah rumah perlindungan wanita yang mengandungkan anak luar nikah dan teranaiya..Saya mintak maaf saya terlupa nama beliau dan rumah perlindungan tu..Saya telampau tertarik dengan topik yang dibincangkan..maklumlah isu kemasyarakatan memang tak boleh dipisahkan dengan jiwa saya..Bagi saya, wanita sebegini tak semuanya harus dipersalahkan..wanita yang saya maksudkan ialah golongan yang mengandungkan anak luar nikah..tanpa bukti yang kukuh kita tak boleh menunding jari..

Untuk pengetahuan semua, ada juga golongan ini adalah mangsa rogol sampai mengandungkan anak tanpa suami yang sah..kesiankan..tapi apa reaksi kita bila jumpa atau berdepan dengan golongan ini??adakah kita pinggirkan mereka, sindir mereka, atau adakah kita peluk mereka, memberi semangat kepada mereka??Fikir-fikirkanlah..dalam masa yang sama, peringatan utk diri sendiri..



Zaman skrg semua seronok berkawan, berkenalan..tapi batas pergaulan tak diamalkan..Walau siapapun kita, dimana pun kita berada, kita harus sedar dimana asal, pegangan dan prinsip kita..Itupun kalu anda mempunyai prinsip hidup..Bagi saya, saya berpegang pada prinsip saya..Tak kisah, anda suka atau tak..anda menilai saya macamana..selagi prinsip itu boleh menjadikan saya berguna, baik disisi Allah..saya masih akan terus berpegang..

Jangan kita gadaikan prinsip kerana godaan..saya percaya ramai perempuan sanggup gadaikan prinsip kerana lelaki terutamanya orang yang paling disayangi..Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya.Kerana DIA masih memelihara prinsip saya..Berkawan tak salah, tapi pandai2lah kita jaga batas-batas pergaulan yang telah disyariatkan..

Saya bukan apa, sedih sangat bila hari-hari terpaksa melihat berita orang buang bayi dan macam-macam..Manusia dah jadi terlampau kejam sekarang ini..Tak sayang pada darah daging sendiri..Bayi yang tak bersalah dibunuh tanpa belas kasihan..Jangan kita pula kecundang ke lembah dosa yang macam ni..Adakah lelaki yang selalu ajak kita buat benda tak baik seperti zina dan dosa2 lain sesuai untuk dijadikan suami??sama-samalah kita fikirkan..

Ayah saya pernah berkata kalau nak cari suami biarlah yang boleh didik kita dalam agama dan bawa kita ke syurga bersama.jangan cari yang muka handsome, kaya tapi tak hormat orang tua..terima kasih ayah atas ingatan itu..



Saya nak nasihatkan kat kawan-kawan semua..Walau sayang, cinta mcmanapun kat seseorang manusia, janganlah melebihi sayang dan cinta pada Maha Pencipta, Allah s.w.t..Dalam memilih pasangan hidup, jangan memilih kerana rupa, harta tapi pilihlah kerana agama dan hati..Saya mungkin silap disini, tapi saya hanya menyuarakan pendapat saya..Salah dan silap harap diperbetulkan..

" Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk menilainya..Ambil Yang Baik, Buang Yang Buruk"



[21] Selamat Bercuti Warga UKM..

1 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Saya ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua warga UKM..Semoga Berjumpa Lagi Di Semester Seterusnya..Manfaatkan Masa Cuti Anda Sebaik Mungkin..Jaga Keselamatan Dan Kesihatan Diri Sepanjang Anda Di Kampung...

Terima Kasih..


[20] Tetiba Rasa Rindu..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tengah-tengah study tetiba teringat kat someone..Sangat rindu dia..Walaupun baru sekali jumpa tapi perasaan sayang tu memang ada..Biasalah darah daging, mestilah sayang...

Ini dia si chomey dan manis...


Tak tahu nak bahasakan diri saya apa bila dengan dia sebab cik adik chomey ni adalah anak sepupu saya sebelah ibu..Tapi semua anak sepupu saya yang dah mencecah lebih 30 orang panggil saya kakak or Nadirah dan tak lupa yang panggil saya Mak Long..Oisshh..terasa tua la pulak..Oked ni cucu arwah ayah Nan a.k.a pak saudara saya dan abang kepada ibu saya..Al-Fatihah untuk arwah..Just call her, Oked.. Kata ibu saya, Oked manis macam bunga orkid..Ibu saya memang minat sangat dengan Orkid, kat rumah memang banyak bunga Orkid dan gambar-gambar bunga Orkid..

Mama Oked, Kak Nana is my cousin..Bila lah saya dapat ke Johor Bharu jumpa Oked..Hope next semester, InsyAllah..Tahniah kepada Kak Nana dan Abg Faries sebab dikurniakan Oked yang chomey ni sebagai penyeri rumahtangga..Syukur..Alhamdulillah..


Adakah kami ada iras2??hehe..

Okey!!Wish me gudluck..Pagi nanti pukul 8.30 pagi saya exam paper 1st and last semester 3 sesi 2010/2011...Doa kan saya dapat buat yang terbaik..

" air dicincang takkan putus.. "


p/s:sorry papa n mama oked sebab letak gamba oked disini..:)



[19] Subahanallah.. Seorang Pemimpin Yang Baik Akhlaknya dan Perkataannya..

0 Komen
Suatu ketika Rasulullah S.A.W bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah S.A.W di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.
Selepas solat, Umar R.A yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau dan serta-merta beliau sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah S.A.W tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, alhamdulilah aku sihat.”
“Mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuhmu, kami mendengar seolah-olah sendi tubuhmu saling bergeselan? Kami yakin engkau sedang sakit wahai Rasul.” Meskipun keadaannya agak lemah dan agak pucat, Rasulullah S.A.W tetap tersenyum.
Kerana jawapan “tidak” atau “aku baik-baik saja”, baginda rasakan sudah tidak cukup lagi, lalu Rasulullah S.A.W mengangkat jubahnya hingga ke bahagian perut. Seketika Umar dan sahabat terperanjat. Kelihatan perut baginda begitu kempis, perut itu dililit oleh kain yang berisi batu kerikil. Kerikil-kerikil ini yang menimbulkan bunyi ketika mengimami solat.
“Ya Rasul,” suara Umar bergetar oleh rasa hiba dan penyesalan, “Apakah jika engkau mengatakan engkau sedang lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan menyediakan dan menyiapkannya untuk engkau?”
Baginda menutup kembali perutnya dengan jubahnya seraya menatap Umar “Tidak, ya Umar. Aku tahu, apa pun kalian akan korbankan demi aku, akan tetapi apa yang akan aku katakan di hadapan Allah nanti jika sebagai pemimpin aku menjadi beban bagi umatku?”
Baginda mengedarkan pandangan kepada para sahabatnya yang lain seraya berkata, “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah dari Allah untukku agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia, terlebih di akhirat.”
———————
Subhanallah, siapa pun yang mendengar kalimat baginda akan terdiam seketika, ada yang menangis, teresak dan terharu. Maha suci Allah yang telah mengutus seorang pemimpin yang begitu mulia akhlak dan perkataannya. Alangkah rindunya kita kepada pemimpin sebijaksana baginda yang tidak mahu membebani umatnya. Kelak pemimpin seperti inilah yang akan dinaungi oleh naungan Allah pada masa tidak ada naungan selain dariNya.

p/s:terima kasih Saudara Syahirul atas perkongsian ini dari blog beliau ..

[18] Langit Pun Akan Mendung Inikan Pulak Hati..

2 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Yes..It's not easy make everyone happy.. Saya cuma ingin buat apa yang terbaik untuk benda dan siapa orang yang saya sayang..Saya memang susah nak sayangkan sesuatu dan orang.. Sebab itu Sekali saya sayang, sampai bila-bila saya sayang.. InsyAllah, kalau tiada yang amat menyakitkan mahupun melukakan hati saya dengan teramat teruk..Saya sedar kesilapan tu sentiasa ada sebab no one perfect.. And i have done a lot of mistakes to people and Allah.. I try to be a good person to others and good muslimah..




Make everyone happy when they sad, make everyone smile when they cry.. They always said dyana, you always happy until we never see you cry and sad.. Langit pun akan mendung inikan pulak hati..Saya masih normal sebab ada masa saya akan ada masalah..ada masa i will cry, ada masa i will so down..Tapi setakat hari ini, saya masih berjaya memastikan masalah saya takkan mengganggu life orang lain even my family sendiri.. Macam Abg Kumar pernah kata orang terengganu sangat perahsia..betul ke?? Saya pun tak tahu..maybe kot...

I don't know why tetiba saya jadi sensitif semalam.. Dari baru nak tidur, jadi tak boleh tidur.. Adakah sebab teguran atau sebab rasa tak dihargai..?? But i just want you know, i done it not because of you or anyone but it's because i love it.. And i need you to support me..Thanks Syamil a.k.a Kuro Syamito sebab support me and others too..


Dihargai bukan dengan berkata terima kasih or bagi hadiah and watever.. Tapi sekurang-kurangnya don't talk it in front of others..We have facebook and Inbox, we have handphone and SMS, we have yahoo mail and email.. There are many ways to talk about that with me without others know our problem..

It's ok, saya dah memaafkan what happened.. No feeling heart..
Hargailah apa yang orang sekeliling anda dengan membuat mereka happy.. Sebab cara itu membuatkan dia rasa dihargai, bukan dengan melemparkan wang ringgit dan kata-kata terima kasih..Tapi dengan bertolak ansur pun dah cukup..Don't worry saya ikhlas buat semua itu bukan sebab lain..


" Tak mengharap pujian tapi mengharap kejayaan.. "


[17] Addicted With Zombie Games..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Setelah selesai mengadap nota, saya memang tak de keje lain..buang masa pulak mengadap zombie games kat facebook..Selang satu topik,, satu round game..Tak sampai 2minggu dah sampai level 20..Kak Fiyda yang mula-mula perkenalkan game tu kat saya, dia kata best..Memang best pun sampai semua games yang saya main sebelum ni ditinggalkan ibarat gantung tak bertali..Kesiankan tapi itulah nasib yang dihadapi Cityville saya..


Sekarang ni saya dah level 20..Cara main takdela susah sangat tapi yang payahnya sebab nak kumpul energy, energy yang dibekalkan sedikit..So kena tanam pokok dan hasilnya jadi peha ayam dan tebus jadi energy bila cukup kuantiti..Kalau kat rumah ni, kami adik-beradik suka kongsi game main sama..haish..rindu adik-adik..Dah tak sabar nak main games sama-sama..Tapi main-main jugak, tuntutan sebagai hambaNya jangan dilupakan..


" Belajar lebih baik.. "

p/s:takde mengena isu politik disini..hihi

[16] Tahniah Untuk Mereka..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni special ckit..Saya nak ucapkan tahniah kepada yang dah atau bakal menuju ke jalan kebahagiaan iaitu ke alam rumahtangga yang merupakan salah satu fasa kehidupan kita..


Macam tak percaya lepas sorang-sorang kawen..Lepas spm dulu, fatihas, ika dan dedek yang kawen..Ika dan Fatihas dah dapat baby..Tahniah utk mereka..semuanya sama umur dengan saya..Haish..dahla terasa muda lagi..Bila citer kat ibu pasal kawan-kawan kawen ni mesti ibu kata "bagusla, nanti dah tua, xde anak-anak kecik-kecik lagi.."..Pastu, saya buat muka blur..Watever..

Tahniah kepada Noor Farahin Ayob dan suami..Dia kawan sekolah SS dan satu matrik..
Tahniah kepada Shafiq dan bakal isteri..Dia kawan satu kelas dari sekolah rendah..Dia ni nakal, selalu kacau saya kat sekolah..
Tahniah kepada mama nik dan suami..Dia ni jiran saya..anak dia sama umur dengan saya, dah kawen jugak masa sebelum ambil result spm..Sekarang dia dah jadi usahawan muda..
Tahniah kepada rey dan bakal isteri yang bakal kawen..Dia ni kawan satu kompeni plkn..


Dan tak lupa kepada kawan yang bertunang..

Tahniah Asha Alias..Dia ni kawan sekolah SS dan satu matrik...

 

"Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi ",(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad) .



p/s:sory sbb tak letak gamba dorg..ada je gamba tapi sy tak prefer nak letak..