[11] Kekecewaan Itu Sangat Sakit..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Saya tak tahu kenapa setiap kali tengok orang lain dikecewakan saya tak mampu buat apa-apa..
Saya tak tahu kenapa saya sering jadi orang yang terlampau mengambil berat tentang orang sekeliling saya terutamanya yang dekat dengan saya..
Saya tak tahu kenapa setiap kali tengok orang menangis saya rasa nak pinjam kekuatan saya kat dia..

Semalam saya dikejutkan dengan satu cerita dan cerita bermula yang mana ada seorang perempuan ni sayang kat lelaki ini..Dan dulu lelaki ini pernah memberi harapan kepada perempuan itu..Dulu pada mulanya perempuan itu tak suka pun kat lelaki ni tapi setelah setiap hari disuap dengan janji, harapan dan kata-kata manis akhirnya perempuan itu jadi sayang..Betul kata orang "Jangan dibenci sesuatu kerana ia akan jadi benda yang anda paling sayang.." Begitu juga kita jangan terlampau sayangkan seseorang kerana ia akan jadi benci satu hari yang kita tak tahu bila..