[14] Kecantikan LELAKI, Kegagahan WANITA..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak berkongsi apa yang saya baca..Ini adalah daripada majalah solusi ruangan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah..Beliau berkongsi tentang kecantikan lelaki dan kegagahan lelaki..

Kecantikan Lelaki


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
Lelaki yang sedia menerima segala teguran
Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
Lelaki yang tenang dan lapang dada
Lelaki yang baik sangka
Lelaki yang tak pernah putus asa
Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sama-samalah kita renung-renungkan..Semoga kita tergolong di dalam golongan-golongan di atas..

" Kecantikan abadi terletak pada keelokan adab, ketinggian ilmu bukan pada wajah dan pakaiannya..::Hamka::.. "


2 comments: