[15] Kesihatan Mental..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kalau anda nak tahu, saya baru je selesai study and revision subjek yang bakal saya exam 23hb Jun ni..Alhamdulillah..Tapi still la kena buat revision lagi..Sebab examnya still ada around 3days more..Kalau anda yang ada facebook saya then tgk saya naik status pasal kesihatan mental tu tak payahla ingat saya ada psychology problem lah pulak..

Subjek ni adalah subjek PB..ha??Apa tu PB..?PB tu Pilihan Bebas..Subjek ni saya ambil di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK)..Memang jauh lah dari bidang..Tapi seronok belajar subjek ni..Tak stress pun..Masyarakat malaysia sepatutnya mempunyai sedikit ilmu tentang kesihatan mental kerana kita masih kurang kesedaran kepentingan kesedaran mental...Kita selalu sisihkan golongan yang ada masalah kesihatan mental..Saya harap saya mempunyai kesedaran tentang hal ini termasuk anda juga..


Saya memang sengaja ambil subjek ni sebab saya sangat minat tentang psycology and counseling..Subjek ni merangkumi semua peringkat umur iaitu remaja, orang tua dan kanak-kanak..Tapi mungkin bukan rezeki saya lagi nak sambung dalam bidang itu..So sebagai sampingan, saya still belajar serba sedikit..Belajar sendiri melalui buku, majalah dan lain-lain untuk kegunaan diri sendiri..Ini memang minat saya dari dulu..


Bagi saya, apabila saya ada sedikit ilmu dalam bidang ni saya boleh mengawal diri saya terutama apabila masalah datang dengan memotivasikan diri, baca semua kata-kata hikmah yang saya jumpa...Pernah seorang pakar motivasi berkata pada saya tapi saya lupa dah siapa dia, dia seorang ustaz yang datang bagi motivasi untuk kelas saya di sekolah menengah, itu je yang mampu saya ingat tentang dia..Dia kata kalau kita rasa lemah, bacalah kata-kata hikmah selain dari berdoa dan solat..Alhamdulillah sampai hari ini saya masih guna cara itu..


Jadi, kawan-kawan bila ada masalah janganlah cepat melatah..Cubalah cari penyelesaian..Kalau kita ada masalah walau banyak macamanapun, jangan kita pendam sendiri..Carilah orang yang anda selesa untuk berkongsi..Walaupun dia tak boleh membantu, tapi apabila kita luahkan ia akan meringankan masalah kita itu..Dan yang jadi pendengar hendaklah menjadi pendengar yang baik..Jangan pulak buat dunno pulak..Nasihat ini jugak untuk diri sendiri...


Ini adalah salah satu cara membantu anda mempunyai masalah kesihatan mental..Jangan anda salah faham pulak kesihatan mental tu bermakna anda gila atau sewaktu dengannya..Kesihatan mental ini melibatkan kebimbangan, kemurungan, fobia, trauma dan lain-lain..Biasanya kita student akan menghadapi masalah-masalah ini apabila dekat exam, mempunyai personal problem dan lain-lain..


" Setiap masalah pasti ada penyelesaian, jangan kita menyeksa diri kita sehingga membawa keburukan pada masa depan.. "




1 comment: