[16] Tahniah Untuk Mereka..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni special ckit..Saya nak ucapkan tahniah kepada yang dah atau bakal menuju ke jalan kebahagiaan iaitu ke alam rumahtangga yang merupakan salah satu fasa kehidupan kita..


Macam tak percaya lepas sorang-sorang kawen..Lepas spm dulu, fatihas, ika dan dedek yang kawen..Ika dan Fatihas dah dapat baby..Tahniah utk mereka..semuanya sama umur dengan saya..Haish..dahla terasa muda lagi..Bila citer kat ibu pasal kawan-kawan kawen ni mesti ibu kata "bagusla, nanti dah tua, xde anak-anak kecik-kecik lagi.."..Pastu, saya buat muka blur..Watever..

Tahniah kepada Noor Farahin Ayob dan suami..Dia kawan sekolah SS dan satu matrik..
Tahniah kepada Shafiq dan bakal isteri..Dia kawan satu kelas dari sekolah rendah..Dia ni nakal, selalu kacau saya kat sekolah..
Tahniah kepada mama nik dan suami..Dia ni jiran saya..anak dia sama umur dengan saya, dah kawen jugak masa sebelum ambil result spm..Sekarang dia dah jadi usahawan muda..
Tahniah kepada rey dan bakal isteri yang bakal kawen..Dia ni kawan satu kompeni plkn..


Dan tak lupa kepada kawan yang bertunang..

Tahniah Asha Alias..Dia ni kawan sekolah SS dan satu matrik...