[22] Ayat Yang Memotivasikan Semua Wanita..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mungkin ada yang tersentap, ada yang tak suka apabila saya tulis status kat facebook seperti di bawah..tapi biarlah facebook saya, saya punya suka la..haha..


Kalau nak tahu, ayat ni saya ambil dari kata-kata seorang lelaki..dia merupakan seorang lelaki yang berhati mulia bagi saya, dia banyak membantu kaum hawa yang teranaiya..Betul kata beliau dalam sebuah rancangan "saya lelaki, saya tahu apa lelaki mahukan, jadi kalau dah dia buat tak endah kat perempuan tu..Sepatutnya kita bersyukur sebab Allah dah tunjuk kat kita lelaki tu betul2 sayang kita atau tak.. dan jangan kita terhegeh2 pulak sampai sanggup gadaikan maruah.."..

Saya sokong sangat apa yang beliau katakan..Beliau juga yang telah menubuhkan salah sebuah rumah perlindungan wanita yang mengandungkan anak luar nikah dan teranaiya..Saya mintak maaf saya terlupa nama beliau dan rumah perlindungan tu..Saya telampau tertarik dengan topik yang dibincangkan..maklumlah isu kemasyarakatan memang tak boleh dipisahkan dengan jiwa saya..Bagi saya, wanita sebegini tak semuanya harus dipersalahkan..wanita yang saya maksudkan ialah golongan yang mengandungkan anak luar nikah..tanpa bukti yang kukuh kita tak boleh menunding jari..

Untuk pengetahuan semua, ada juga golongan ini adalah mangsa rogol sampai mengandungkan anak tanpa suami yang sah..kesiankan..tapi apa reaksi kita bila jumpa atau berdepan dengan golongan ini??adakah kita pinggirkan mereka, sindir mereka, atau adakah kita peluk mereka, memberi semangat kepada mereka??Fikir-fikirkanlah..dalam masa yang sama, peringatan utk diri sendiri..



Zaman skrg semua seronok berkawan, berkenalan..tapi batas pergaulan tak diamalkan..Walau siapapun kita, dimana pun kita berada, kita harus sedar dimana asal, pegangan dan prinsip kita..Itupun kalu anda mempunyai prinsip hidup..Bagi saya, saya berpegang pada prinsip saya..Tak kisah, anda suka atau tak..anda menilai saya macamana..selagi prinsip itu boleh menjadikan saya berguna, baik disisi Allah..saya masih akan terus berpegang..

Jangan kita gadaikan prinsip kerana godaan..saya percaya ramai perempuan sanggup gadaikan prinsip kerana lelaki terutamanya orang yang paling disayangi..Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya.Kerana DIA masih memelihara prinsip saya..Berkawan tak salah, tapi pandai2lah kita jaga batas-batas pergaulan yang telah disyariatkan..

Saya bukan apa, sedih sangat bila hari-hari terpaksa melihat berita orang buang bayi dan macam-macam..Manusia dah jadi terlampau kejam sekarang ini..Tak sayang pada darah daging sendiri..Bayi yang tak bersalah dibunuh tanpa belas kasihan..Jangan kita pula kecundang ke lembah dosa yang macam ni..Adakah lelaki yang selalu ajak kita buat benda tak baik seperti zina dan dosa2 lain sesuai untuk dijadikan suami??sama-samalah kita fikirkan..

Ayah saya pernah berkata kalau nak cari suami biarlah yang boleh didik kita dalam agama dan bawa kita ke syurga bersama.jangan cari yang muka handsome, kaya tapi tak hormat orang tua..terima kasih ayah atas ingatan itu..



Saya nak nasihatkan kat kawan-kawan semua..Walau sayang, cinta mcmanapun kat seseorang manusia, janganlah melebihi sayang dan cinta pada Maha Pencipta, Allah s.w.t..Dalam memilih pasangan hidup, jangan memilih kerana rupa, harta tapi pilihlah kerana agama dan hati..Saya mungkin silap disini, tapi saya hanya menyuarakan pendapat saya..Salah dan silap harap diperbetulkan..

" Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk menilainya..Ambil Yang Baik, Buang Yang Buruk"



2 comments:

  1. dyana!!..tiQa nak jdi follower..tpi x jumpa pun kt mana nk follow dyana..waaa...=)...tpi blog dyana best..cantik plak tu!...thniah2!..

    ReplyDelete