[3] Kursus Pemantapan Organisasi

Alhamdulillah...hari ni, saya masih mampu menaip untuk dipostkan ke blog saya ni...Allah masih panjangkan umur saya untuk melaksanakan ibadat dan menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya.. Untuk pengetahuan semua, hari jumaat hingga ahad (10-12 Jun 2011) baru-baru ini, saya ditugaskan ke satu kursus di Excel Training & Country Resort, Beranang, Negeri Sembilan...Program ni merupakan anjuran Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM), kalau di UKM ia merupakan barisan MPP..

Memang banyak perkara dan ilmu yang dapat dipelajari dari kursus ni, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur..Hal ini kerana melalui program ini, kami di barisan kepimpinan pelbagai persatuan, jaksa2 kolej, persatuan mahasiswa fakulti dapat berkumpul dan memudahkan kami untuk berkerjasama di lain program atau acara.. Dari kursus ini, kami diterapkan dengan pelbagai nilai2 murni yang dapat diadaptasi atau digunakan sepanjang mengalas tanggungjawab di dalam organisasi masing2...

Hari pertama, kami semua kena bina khemah yang agak kreatif la kot..So far, tempat ni sangat ok..Untuk pengetahuan semua, salah seorang pemilik tempat ni adalah pakar motivasi kita Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah..Makanan pun not bad..hehe..Sejak Dato' Mat dah tak jadi TNC Hepa, malam yang pertama dan utk kali pertama lah saya berjumpa dengan TNC Hepa yang baru iaitu Prof Ir Dr Othman Karim dan kami diberi peluang menanyakan sebarang persoalan dan masalah kpd beliau...Kami juga dipecahkan kepada kumpulan dan ditugaskan membentangkan organisasi kami dalam kumpulan termasuk cheers..Kumpulan saya namanya NINTAMA..Kata mereka nama ni ada kena mengena dengan ninja gitu..hihi..
Nintama group..hemo2~~

Hari kedua, kami check in dorm..dah tak tidur dalam khemah untuk malam tu..Kami juga disajikan dengan ceramah yang lebih kepada kepimpinan oleh tetamu jemputan, sejenak bersama PMUKM dan jungle trekking...

Hari ketiga merupakan hari terakhir kami di tempat ni...Kami membuat aktiviti eksplorace mengikut kumpulan masing-masing dan banyak benda saya belajar..Kalau sebelum saya tak pernah berdebat, saya kena berdebat dan semestinya hentam jela..haha..dan macam-macam lagi..InsyAllah ia takkan dilupakan..Tak lupa jugak, saya dapat hadiah cabutan bertuah..sangat bertuah no 1139 ni..hihi..Walaupun nampak simple je hadiah cabutan bertuah tapi bagi saya, ia sangat bernilai sebab boleh dijadikan kenangan..

Hadiah cabutan bertuah

Akhirnya kursus ni sangat best..thanks PMUKM!!hope semua perwakilan persatuan dapat berkumpul pada Konvensyen Persatuan-Persatuan di UKM..InsyAllah...

"Jalankan tanggungjawab anda sebagai pemimpin dengan tulus kerana anda akan disoal kelak"


2 comments:

  1. @abglan xlah..ni program majlis perwakilan belajar..

    ReplyDelete