[4] Hati

Assalamualaikum dan selamat malam semua!!

Ni nak share link yang saya baca hari ini...Hati tajuknya di blog AkuIslam..Jangan tak baca...Baca taw!!Artikel di AkuIslam memang best dibaca..Daripada duk menaip kertas kerja, duk main game, duk mengelamun, duk mimpi bukan2, duk ngadap fb dan lain-lain..baiklah kita luangkan masa dengan blogwalking, baca apa yang patut..Dah baca tu, pandai-pandailah muhasabah diri..Ambil yang baik, buang yang buruk..Jadikan semua perkara sebagai teladan..

Berbalik pada topik hati..Memang betul kita je yang tahu apa yang kita rasa dihati dan dengar suara hati kita.. Tapi jangan lupa DIA yang MAHA MENDENGAR, MENGETAHUI sentiasa bersama kita..Hanya DIA juga yang tahu apa yang dihati kita.. So bila kita menghadapi kesulitan, janganlah kita cepat melenting, naik angin atau apa.. Apa yang telah diaturkan kepada kita tu memang lumrah kehidupan.. Kita seharusnya sentiasa berdoa segala urusan dipermudahkan dan yakin pada diri sendiri kita mampu hadapi semua perkara..Hati kita juga harus didik supaya kuat bersabar, tabah dan kental menghadapi cobaan dunia..Hal ini kerana semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati.

Jagalah hati kita dari perkara-perkara yang boleh menambah titik-titik hitam..Hiasilah hati kita dengan perkara yang indah disisi DIA..InsyAllah, hati kita akan sentiasa tenang dan bahagia..

"Ya Rabb... Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada aku. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu...Amin"

2 comments: