[5] Hidup Tanpa Matlamat Tak Ada Makna Langsung..

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat malam...

Untuk hari ini saya dapat dua permintaan dari orang yang berbeza untuk tolong menceriakan blog mereka..hehe..menceriakan maksudnya baiki apa yang kurang dan tambah apa yang patut..tapi saya tak janji bila boleh siap sebab saya perlukan idea dan fikir apa yang sesuai..Then buat masa sekarang saya tak tahu nak cari Adobe Photoshop kat mana..Al maklumlah baru tukar laptop jadi semua benda nak baru..Adobe itu nak guna untuk edit gambar, tetiba semangat datang..Gambar apa??Adala..hehe..Dah siap baru boleh share..

Malam ni saya duk sorang-sorang..Tak tahu nak buat apa, termenung sana sini sebab nak cari idea dan berfikir pasal matlamat..Bukan matlamat untuk benda pelik-pelik taw tapi matlamat yang nak kena capai sebelum LI..

Pertama, nak sambung Anugerah Remaja Perdana dari Gangsa ke Perak..
Mesti dapat tahun depan..Yakin, Boleh, Gemilang!!

Kedua, jalankan tugas tanpa gangguan emosi..No feeling-feeling..

Ketiga, nak buat satu rak novel..hehe..

Terakhir, nak apply Program Pertukaran Belia..Tak kisahlah kena campak pergi negara mana pun.Dapat naik kapal atau tak....Apply dulu..Dapat atau tak janji dah usaha..
 ini adalah kapal pertukaran belia yang menghimpun belia ASEAN..

Walau macamana pun, kita hanya mampu merancang..Macam-macam kemungkinan bakal berlaku..Semuanya mengikut kehendakNya..sebagai hambaNya yang lemah dan daif, saya hanya mampu berdoa semoga semuanya berjalan dengan baik..Amin..InsyAllah, mudah-mudahan..

"Akanku baja semua matlamat ini agar ia segar dan berbuah, kemudiannya akanku tuai untuk mendapatkan hasil yang bermutu..INSYALLAH  "

No comments:

Post a Comment