[6] Perbincangan bersama Mama

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Diharapkan semua ceria selalu..Hari ini saya nak berkongsi tentang perbincangan saya dan kawan-kawan seperjuangan Sekretariat Rakan Muda UKM yang bersemangat bersama penasihat kedua kami Kak Safaniza aka mama..Kami ada penasihat pertama iaitu Encik Musa tapi beliau tidak bersama kami dalam perbincangan kali ni..

Semalaman saya tak boleh tidur memikirkan pasal perbincangan ni, pukul 4 pagi baru lah terlelap lepas hampir 3 jam guling-guling atas katil..Dasyat betul kesan bila berfikir..


Alhamdulillah...hari ni saya berjaya siapkan slide yang ringkas tapi padat bagi saya then tak tahu lah bagi orang lain..apa yang saya rancang, saya akan cuba buat dengan kemampuan yang paling maksimum yang saya ada..InsyAllah..Saya seronok dengan perbincangan hari ni, semuanya mencapai objektif perbincangan..."Semoga Allah sentiasa mempermudahkan perjalanan kami..amin.."

Hasil dari perbincangan juga kami telah salurkan kepada MPP kami melalui facebook untuk kebaikan semua persatuan di UKM..dan diharapkan ia akan dibawa ke pihak atas..Nantikan perancangan program kami yang menarik dan tertarik..Belajar tu penting, tapi program pun kena la  jugak diselitkan supaya terbina diri yang berwibawa dan bermotivasi..InsyAllah..

" Perbincangan yang baik berlaku apabila kita saling bertolak ansur.. "

No comments:

Post a Comment