[8] Berhenti Berharap Tapi Terus Berdoa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Post ni saya buat khas untuk someone..Saya pun tahu dia memang baca blog saya ni...Thanks sbb anda selalu baca blog ni..hehe..

Pagi-pagi lagi saya terbaca post anda dan saya berfikir tentang post tu..Dan saya rasa melalui blog ni, saya dapat memberi sedikit nasihat walaupun nasihat saya selama ni saya fikir tak cukup kuat untuk saya mengubah pemikiran anda..Entah kenapa saya sangat tertarik untuk membaca..tapi mungkin sebab tajuk post tu menarik saya untuk membaca, saya dah tak stalk orang dah lama so niat untuk stalk tu memang takde ye..tapi saya macam kenal je tajuk tu..hihi..Dan seriously saya agak tersentap bila terpandang tajuk tu...

Daripada post anda, saya rasa saya tahu apa yang anda alami sekarang..Saya tak tahu samaada firasat ala nujum pak belalang ni betul atau tak..haha..tapi saya cuba memahami apa yang anda katakan..Saya tahu selama ni anda hanya jadi kuat depan kami semua tapi sebenarnya anda berlindung disebalik ego dan degil...



Mungkin apa yang saya kata salah..Tapi saya pernah berada di tapak yang sama..Memang perkara seperti anda rasakan tu memakan masa yang lama sebab ia bermain dengan emosi, jiwa dan hati..Tapi percayalah pada takdir Yang Maha Esa..Dia sudah tentukan yang terbaik untuk kita..Jangan kita cepat kalah dengan ujian yang diberikan..Kadang-kadang sebab kesilapan kita yang lepas pun menyebabkan kita terhumban pada sesuatu situasi yang tak diiingini..Sebab tu kita selalulah muhasabah diri..Dengan cara ini, kita mungkin dapat mencari kekuatan untuk hadapi semua benda.Jangan terus berharap pada benda yang kita sendiri tak pasti..Ia amat menyeksakan..Saya tahu anda kuat, anda boleh hadapi semua ini..Dan saya sentiasa doakan yang terbaik untuk anda sebab saya sayang anda ye..Saya taknak anda buat kesilapan yang besar kerana menanti sesuatu yang tak pasti..Tapi dengarlah nasihat yang orang sekeliling nasihatkan anda, kerana mereka sayangkan anda..Mereka taknak anda terus menangis, bersedih, dan lain-lain..Biarkan segalanya pergi kerana ada yang lain akan datang..Hihi..Setiap kejadian yang menimpa kita, jadikan sebagai pengajaran dan pengalaman yang berharga untuk lebih mematangkan diri kita..Pagi-pagi ni boleh pulakkan saya berbahasa pelik-pelik kan..hihi..


Papepun...Always be happy..Senyum sokmo..Jangan sedih-sedih..Jangan terus menunggu apa yang tak pasti...Dalam hidup ni masih banyak yang belum kita capai..You have family and friends yang always support and love u..Dan jangan lupa senyum kerana senyum anda boleh mengurangkan beban orang lain dan diri sendiri, so senyumla selalu walaupun jalan itu terlalu sukar untuk dilalui..Saya selalu bersama anda..Jangan pernah berhenti berdoa tapi berhentilah berharap..


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia."


No comments:

Post a Comment