[23] Zaman Kanak-kanak Yg Banyak Perbezaan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Nak tahu tak kenapa saya memilih tajuk ini untuk post saya? Sebenarnya dah seminggu terfikir pasal hal ni tapi takde masa yang sesuai untuk saya berkongsi kerana saya busy melawat sahabat-sahabat saya di hospital dan melawat sahabat saya meninggal dunia..Mari lah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Siti Hajar Zakaria.

Saya memilih tajuk diatas kerana beberapa sebab:

Pertamanya, saya tengok adik-adik saya bermain tak seperti zaman saya dulu..
Kedua, apabila saya mengemas bilik saya dan terjumpa koleksi-koleksi saya zaman sekolah dulu dalam kotak-kotak..
Ketiga, sebab saya bosan, kalu adik-adik main, bolehlah join sekali.haha..takdela, sebenarnya saya rindu zaman kecil saya.

Apa beza zaman kanak-kanak dulu-dulu dan sekarang??

Memang banyak bezanya, takkan kita tak nampak. Kalau dulu, budak-budak lelaki suka pergi sungai tangkap ikan, main bola, main wau, pusing kampung sambil kayuh basikal, main guli dan macam-macam.. Bukannya zaman sekarang takde langsung, adalah jugak. Kat kawasan saya sendiri, petang-petang dan tambah pulak musim angin macam ni memang ada jugak yang main wau.. Dulu pun, saya suka buat wau, sanggup duduk sorang semata-mata nak siapkan wau. Walaupun ia permainan lelaki tapi suka mencuba tu la yang membuatkan saya suka buat benda-benda cmni. Sampaikan ayah saya sanggup cari buluh, kikis batang2 buluh untuk jadikan wau untuk saya.

Ini cerita kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan pulak, semestinya main pondok-pondok.. Main pondok-pondok merangkumi memasak daun-daun, batu, pasir disekeliling kawasan rumah dengan bebekalkan barang-barang permainan..Tak lupa jugak, menjahit.. Tapi sekarang, saya tengok adik saya takde pulak main-main benda cmni.. Saya rasa zaman kanak-kanak saya lagi seronok. Bila cuti sekolah je, saya mesti main pondok-pondok dari pagi sampai petang. Sampaikan daun-daun, bunga-bunga pokok yang mak saya tanam jadi mangsa.. Barang jahit mak saya selalu je hilang sebab saya.. hehe.. Lepas tu kena marah..

Kalau time ahli keluarga berkumpul, almaklumlah mak dan ayah saya berasal dari keluarga yang besar.. Apabila sepupu semua berkumpul, kami memang suka main kejar-kejar, menyorok, congkak, batu serembang, tindih pemadam, penutup botol dan macam-macam..Tapi sekarang, kalu kumpul je, generasi bawah saya ni akan duk depan tv je.. Dulu, kalu main je, tv pun tak pandang, bukan tv je tapi makanan pun sama. Tak kan kami yang dah layak jadi mak ayah orang ni pulak nak teruskan tradisi dulu..huhu.. Dalam masa yang sama, tradisi zaman kanak-kanak dulu kala ni boleh merapatkan ukhwah sesama sendiri..