[28] Eh, Berhentilah Mencarut..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sakit telinga, sakit mata, sakit hati..Semualah ada..Nak tahu kenapa?? Inilah sebab telinga dengar orang mencarut, mata tertengok status facebook ada perkataan mencarut dan hati geram bila dengar dan lihat semua tu..Oh people, tolonglah berhenti mencarut.. Geram kot!! Errrrhhhh!!

 
geram..iiii...ala-ala sopan gitu..

Apa yang anda rasa bila tengok orang mencarut?? Gembira, tersenyum, turut sama mencarut.. Anda rasa apa langkah yang anda ambil bila orang mencarut depan-depan anda?? Tepuk tangan, ketawa, join sekali, bagi penampar laju-laju, jentik bibir *bagi kanak-kanak* atau ambil cili sapu kat mulut orang yang mencarut..Ha, ce pikir..

Saya bukannya apa.. Sedihlah bila orang boleh mencarut suka suki tanpa pandang kiri kanan.. Ingat semua orang suka..!!Memangla anda bolehlah kata "lantak dia la nak kata apapun, hak bersuara masing-masing kan.." Hak bersuara memanglah masing-masing ada hak, tapi kalau salah guna, apa gunanya.. Huhu..

@#$#%$^%&(*)(_%^%^$%#

Lelaki dan perempuan freely je mencarutkan.. Ce fikir apa yang orang akan nilai anda bila senang macam kacang kita mencarut.. Depan orang  tak kenal pun anda duk mencarut bebagai.. Cantik ke muka kalu mencarut, merdu ke suara kalu mencarut, handsome ke kalu mencarut..?? Tak rasa malu walaupun secubit ke?? Ha.. Tepuk dada tanya iman..

Nak marah macamana pun, takkan takleh nak sabar tahan dari berkata benda yang sia-sia.. Geram sampai nak gigit bantal pun janganlah sampai keluar kata-kata kesat.. Nak bergurau camne pun, please lah kawal diri.. Masa camnilah anda boleh kawal kesabaran anda.. Ni tak, baru cikit dah nak melatah dengan kata-kata yang chantek tu kan..*chantek sangat*

Bagi ibubapa dan bakal ibubapa, tak payahlah sayang anak sampai tak sanggup nak marah anak yang mencarut.. Kalau adik saya, memang hancurlah bibir.. *saya tak garang cuma tegas je* .. Kalau kawan-kawan yang mencarut, anda yang tak berani nak tegur direct bolehlah guna kata kiasan.. Contohnya "cantik sangat bahasa awak", "takde perkataan yang lagi handsome ke?".. Atau anda boleh tegur secara direct seperti " awak tahu tak bahasa yang kita guna tu dah mencorak diri kita", "tak eloklah guna perkataan camtu", "bawak bertenang, janganlah cakap perkataan camtu, orang akan pandang kita negatif.."..

Yang ditegur pulak, janganlah marah orang yang menegur.. Kalau ada yang menegur bukan sebab nak kata anda ni perangai tak elok, kita jahat atau lain-lain.. Tapi bila ada orang yang menegur anda maknanya anda kenalah bersyukur.. Sebab ada orang cuba sedarkan anda apa yang anda buat silap dan cubalah betulkan.. Dalam masa yang sama orang tersebut sayang anda sebab taknak tengok anda malu.. Sepatutnya anda kena berterima kasih kepada orang yang dah tegur kesilapan anda tu..


Diharapkan lepas ni kawal diri slow-slow bagi yang susah nak berhenti mencarut sebab lama-lama mesti anda akan berhenti terus dari mencarut.. Yang boleh berhenti terus tu, jangan pulak gatal-gatal nak mencarut.. Cubalah kawal diri, sabar sikit dalam semua hal.. Bagi yang tak pernah mencarut tu, jangan start mencarut langsung..