[31] Cuti Oh Cuti !!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Haa..Apa khabar semua? Saya semestilah sihat waalfiat disamping orang-orang tersayang.. Ni dah post kedua untuk hari ni. Yela kan dah seminggu tak post pape, so gatal tanganla nak post something. Kalau boleh nak post banyak-banyak gitu.. Anda tahu tak bosan tu camne, bukan bosan sebab takde benda nak buat tapi takde orang nak dengar citer.. Nasib la ada blog ni yang boleh citer-citer, luah-luah, conteng-conteng dan macam-macam.. Kan best kalu ada boyfriends *dah!!jangan nak mengatal*..kih3


Kebanyakan orang sekarang ni tengah cuti kan?? Apa je yang anda buat kat rumah atau mana-mana tempat anda berada masa cuti anda??.. Em..saya? Entahla.. Macam-macam gakla saya buat.. Kalau nak dikirakan, dis is first time saya cuti paling lama sejak belajar di UKM taw.. Biasanya time cuti saya spend masa join program, pergi buat marketing, jadi fasilitator dan menguk (bahasa terengganu rekaan saya *termenung*) kat UKM sana..

Sejak cuti ni, saya kemaskan bilik tidur saya. Rasanya dah 2tahun tak hiraukan bilik ni.. Alihkan perabot, buang yang mana tak perlu dan macam-macam.. Dan disebabkan ni jugakla saya mengalami sakit belakang. Memanglah sebab buat sorang-sorang. Takde yang membantu.. Tapi puas hati sebab ia kemas dengan edisi baru.. hehe.. Sekarang ni tengah kemas rumah, nanti masa puasa tak payah dah kemas, just concentrate pada ibadah je.. Ni still banyak lagi tak settle..

Banyak jugak kenduri time cuti ni *sebelum puasa ok*  dapat jugak makan nasi minyak free.. Kalau nak harap yang beli tak sebest macam kat kenduri.. Tak ke gitu? Sapa setuju angkat tangan.. Papepun saya doakan pasangan-pasangan yang dah kahwin ni akan kekal sampai akhir hayat..Amin

Saya juga dah stop main games taw..Itu pun kalu anda nak tahu la.. Pelik jugak, bila time cuti ni sepatutnya saya semakin main game tapi ni tak. Maybe dah bosan mengadap games hari-hari kat UKM aritu.. Dah naik muak dahla ni. Sekurang-kurangnya saya bersyukur gak sebab dah tak addicted games lagi, terutamanya di facebook.

Saya jugak nak minta maaf kat kawan-kawan..Saya tak contact sangat sebab saya memang tak tahu apa benda nak cakap, nak citer, nak gosip dan lain-lain.. Biasalah sebab dah lama retired dalam bab-bab stalker..hehe.. Bila ada khabar gembira dan sedih, saya akan bagitahu..

Kepada jiran-jiran yang seminggu ni baru tahu kewujudan saya di rumah, saya bukan baru balik ye. Dah sebulan saya kat rumah tapi saje rehat dalam rumah *padahal malas nak keluar* sebab tulah semua tak sedar yang saya dah kat rumah.. Tapi ada je saya keluar, mungkin semasa saya keluar, anda tak keluar..Warning...Sila jangan tegur saya secara mengejut dibelakang rumah saya ye, nantikan ada yang kena senduk atas kepala..hehe.. Kalau ada bau sedap-sedap tu pun sila tutup hidung ye..

Itulah kerja-kerja yang saya buat. Masak, kemas rumah,ambil, hantar adik ke sekolah.. Ni dah macam surirumah dah. Cuma sekali sekala tu ada buat part time merajuk..hehe..


"Lakukan semua perkara dengan ikhlas dan kerana ALLAH"






No comments:

Post a Comment