[32] Bahulu 1st Edition Sempena Ramadhan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni tercapai jugak hasrat saya nak buat bahulu 1st edition.. Alhamdulillah..1st edition sebab pertama kali buat..Resepinya takdelah susah, senang je.. Cuma guna tepung gandum, baking powder, gula tapi saya guna gula icing, perasa yang saya guna pandan, telur.. Memang senang sangat-sangat..


Sedapkan...??hehe.. Walaupun rupa tak cantik tapi bolehlah untuk makan.. Ni hasil daripada yang pertama dibakar.. Ibu saya kata okla untuk makan, kalu nak buat jual tu memang tak ok. Yang paling mencabar ialah part membakar, sebab tak tahu spesific time nak guna untuk bakar bahulu ni dengan cara yang betul...Tapi its ok, dah sedap tu kira okla kan..Then sekarang saya tengah fikir nak buat kek coklat moist bakar pulak.. Resepi dah ada cuma masa sebelum ni tak ada.. Lepas ni dah ada banyak masa lah sebab dah berhenti berniaga.. Sebelum ni, saya dah try buat kek coklat moist kukus.. Menjadi jugak kek tu..

Disebabkan buat bahulu ni jugaklah, saya dapat logo secara rasmi di tangan kiri.. Terpegang besi panas, masa pegang memang tak panas sangat tapi sekali tengok tangan dah bebekas.. huhu.. Harap-harap bekasnya tak kekalla.. Kena guna bio oil la nampaknya..huhu

Bahulu yang saya buat ni, bolehlah makan untuk berbuka esok.. Save money, tak payah beli kat bazar..Kepada semua umat Islam di mana pun anda berada.. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan.. Semoga ibadah kita diterimaNya, sama-samalah kita mempertingkatkan ibadat kepadaNya.. Mohon maaf kepada sesiapa jua, jika diri ini ada membuat kesilapan, menguris hati dan lain-lain..

"Puasa jangan tak puasa.."






4 comments:

  1. da taO buad tuh..hntr la kat kolej nim...
    bole jgak buad mkn bukak pose kat sini..:)
    -syera-

    ReplyDelete
  2. Oh ye ke?
    sorryla kalu nak pos tak padan.
    dahla rate pos dah meningkat.

    ReplyDelete
  3. waaa kite tak pernah lagi buat. takot pulak rase sbb kena kasi baulu jd gebu-gebu kan ;D neway dear, nice job! ;)

    ReplyDelete
  4. to LittleGurl : yup, kena gebu tapi sure seronok kepuk telur jadi gebu.. cantik je bila kita tengok. 1st time buat tak jadi.saya nak cuba buat lagi lah nanti. :)

    ReplyDelete