[41] Isi Rumah Dah Penuh Edisi Raya..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semua dah balik dari asrama.. Seronoknya bila semua dah memenuhi rumah.. My sisters came back from MRSM Kepala Batas and Kolej Profesional Mara Kuantan..

Excited tunggu mereka pulang, walaupun ngantuk..ngantuk..ngantuk tahap mata tak leh bukak.. Sanggup saya tunggu.. Maklumlah masing-masing stay jauh-jauh.. Time camni je mampu jumpa.. Berbulan-bulan masing-masing di perantauan.. Sebenarnya kami adik-beradik jarang berpisah tapi sejak 3 tahun ni iaitu saya yang dahulu memecahkan rekod pertama dalam family saya  mulakan dengan belajar jauh-jauh then mereka turut sama follow saya.. Memang ibu saya tak senang duduk dengan keputusan kami tapi lepas dipujuk-pujuk, akhirnya ibu saya dah terbiasa.. Kalau nak pergi luar negara pun ibu dah tak kisah kan? haha.. Memang kena kejar dengan batang penyapu la..

Actually, ibu saya tu memang manjakan kami tapi dia tak manjakan kami dengan wang ringgit or harta benda.. Kasih sayang, yes.. Itu yang dia bagi.. Sampaikan dia kata dia nak anak-anak dia duduk depan dia setiap masa.. Hehe.. Then words yang paling saya suka dengar from ibu saya ialah "Ala..ala..anak ibu..ibu sayang anak ibu.."..

Bila isi rumah dah lengkap, baru lah sedar itu ini tak cukup lagi.. Pastu sesi keluar ke bandar memecah rekod, dari sebelum zohor *pagi-pagi* sampai lepas zohor *kat kul 5.00 baru balik*.. Pergi cari barang dapur kat Sabasun.. Kedai famous dalam Kuala Terengganu.. Bandar Kuala Terengganu takdelah jam a.k.a bolok sangat.. Tapi kalu kat Giant, Mydin Mall tu tak yah nak cakapla.. Bak kata orang ganu, bolok kat jalan tu ha.. Nak dapat parking kat Giant memang nak kena sabar tahap tinggi.. Nak singgah Mydin Mall pun tak hinggin masa tu.. Last-last pergi bandar Kuala Terengganu, baru lah jumpa baju sepasang untuk adik, 2pasang kasut untuk adik-adik..

Disebabkan kepenatan tahap tak sedar diri, saya memang tidur tak sedar diri.. Langsir dari semalam nak gantuk, tak gantung-gantung lagi.. Hahaha.. Tapi sempat pulak update blog.. Okla, nak chow dulu..

Hari Raya yang mulia, jangan kita buat maksiat pada hari mulia ini..

p/s : doakan saya tak demam di pagi raya. Ni pun dah little bit batuk-batuk.




Doodle DN002 :: Berterus-terang

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Jangan lupa drop your comment..

Doodle DN001 :: My First Doodle

2 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni, saya bakal iftar bersama adik-adik saya sebab ibu dan ayah saya pergi kuantan.. Ambil adik saya nombor 2 di kolej dia. First time iftar without my parents in this Ramadhan..

Ni kali pertama saya hasilkan doodle saya sendiri.. Harap anda dapat bagi komen..
Saya harap saya boleh hasilkan doodle yang lebih menarik, cute, kombinasi warna yang menyerlah dan sesuai dan bla bla bla...

p/s : saya akan gunakan kod Doodle DNXXX pada title post doodle saya.. XXX merupakan nombor doodle saya.. Post doodle jugak takkan ada kata-kata penutup ala-ala kata hikmah macam biasa saya letak pada setiap post saya..


[40] Ada Cerita Disebalik Baju Raya Tahun Ni..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mesti pelikkan bila baca title post " [40] Ada Cerita Disebalik Baju Raya Tahun Ni.. ".. Tapi takde yang pelik mahupun yang best pun, cerita ni biasa-biasa je.. Sebenarnya tahun ni agak banyak kot baju raya berbanding tahun lepas.. Sebelum ni, ingatkan dah takde baju raya.. hehe.. Tahun lepas, saya hanya ada 2 pasang baju raya. Yang 1 tu saya pergi beli kat Jalan TAR with our beloved SRM seniors.. Yang 1 lagi tu pulak, my aunt bagi..

 ni baju raya tahun lepas..

Tapi tahun ni berbeza pulak ceritanya.. Malu nak cerita tapi seronok untuk bercerita.. Hehe.. Complicated pulak.. Ok, bila dihitung saya adalah 4 pasang baju raya.. Terima kasih daun keladi mak cik tukang jahit sebab siapkan baju saya yang saya dah hantar berbulan-bulan yang hampir setahun gamaknya.. Jadi bolehlah saya pakai untuk raya ni..

Kalau nak tahu, 2 diantara 4 pasang tu saya beli kain kat UKM time ada ekspo apa entah masa first year.. Lamakan.. Can u imagine if u in my foot..? haha... Tapi salah saya jugak sebab saya tak de masa nak tempah atau hantar kat mak cik tukang jahit. Nak jahit sendiri pun takdapet la.. Kemahiran menjahit takde langsung dalam diri ni.. But one day, i hope i can spend time to learn to sew baju kurung and baju melayu.. Hehe.. Mana tau kalu panjang umur, nak jugak jahit for my family..

Sepasang lagi baju kurung tu pulak, ibu saya beli kain masa shopping kat Kota Bharu a.k.a KB.. Sebenarnya ada 1 kain lagi tapi dah lama siap berjahit, dan dah dipakai pegi kelas..Masa tu saya tak ikut, almaklumla merajuk panjang.. Hehe..*blushing* .. Orang lain, i means my family members yang lain dah jahit pun kain tu tapi saya je belum.. So postpone la, tahun ni baru boleh pakai sebab dah siap dijahit pun.. Terima kasih lagi mak cik tukang jahit..

 ni pulak gambar raya bersama family srm di rumah kak dila, lokasi ampang..

Then yang last tu pulak, mak cik saya atau Cik Nun yang bagi kat saya.. Baju tu dah siap tapi saya je tak pakai sebab kain dia kain sarung.. So saya hantar kat rumak mak cik jahit untuk dipasang getah pinggang.. Tadaa.. Akhirnya tahun ni boleh pakai.. Terima kasih mak cik tukang jahit..

Jadi tahun ni saya ada 4 pasang baju yang hasil dari merajuk tak nak hantar ke rumah mak cik tukang jahit, merajuk sebab baju yang di jahit *sepasang je* tak sama dengan kehendak saya. haha.. Malunya.. Ah, abaikan.. 4pasang = 3 baju kurung + 1 baju kebaya..

Terima kasih juga kepada mak cik saya a.k.a chu sebab belikan kain untuk saya dari Bandung.. Tapi sayang, kain tu tak dapat nak pakai tahun ni sebab tak de orang nak jahit.. So tahun depan, saya akan cuba usahakan hantar ke mak cik tukang jahit lagi.. Hope takde lah ambil masa yang lama lagi untuk di jahit..

Okla, nak sambung buat kerja pulak.. Kalau nak share citer baju raya, sila-sila la share disini..

"Raya-raya jugak, Jangan lupa ganti puasa pulak.."


[39] Salam Aidilfitri..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

click gambar di atas untuk lebih jelas..

Salam Aidilfitri Kepada Semua Rakan-rakan dan Yang Mengenali Diri Ni.. Macam terlebih awal pulak nak bagi ucapan tapi lepas ni mungkin dah busy dengan urusan-urusan lain contohnya preparation raya la kan, pasang langsir, itu ini..

Ampun dan maaf seandainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
& TERmacam-macam lagi..

Sekiranya saya ada salah silap harap dapatlah maafkan.. Saya ni hanya insan biasa yang sentiasa membuat silap.. Semoga Aidilfitri ini lebih bermakna buat semua.. Yang pergi tetap pergi, yang masih hidup harus teruskan hidup.. Yang tak balik kampung tu, jangan lupa orang-orang kampung. Mereka pasti menanti kepulangan anda..

Keracunan makanan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ni.. Kemalangan toksah nak dicerita, every day mesti je berlaku.. Jadi jangan lupa jaga pemakanan, kesihatan, pemanduan dan lain-lain sepanjang musim perayaan ni..
"Salam Lebaran, Maaf Zahir Batin.."

[38] Resepi Kek Coklat

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Disebabkan raya dah nak dekat, saya nak share resepi kek coklat.. Kek Coklat Moist Bakar.. Resepi ni saya dapat dari blog jugak, tapi lupa save link.. So tak dapat share blog tu di sini.. Saya nak share ni sebab saya tahu, ada dikalangan anda mencari resepi ni tapi tak jumpa-jumpa yang betul-betul sedap.. Kat internet ni ha, banyak je resepi kek coklat tapi jangan cuba-cuba ambik ikut suka then buat.. Kena la selidik dulu, resepi tu betul-betul ke tak.. Nanti kan, ada je pembaziran berlaku dan kekecewaan melanda sebab kek tak menjadi.. Kalau ikutkan cerita, saya memang suka makan kek ni.. Ada mintak resepi kek coklat dari orang-orang *tak boleh sebut nama* tapi orang-orang susah nak bagi.. Maybe tak dapat msg, maybe terlupa, maybe busy dan lain-lain.. Saya ada try 2 3 resepi kek coklat.. Tapi yang ni paling sedap, senang dan bla bla bla.. Harap resepi ni dapat bantu anda yang ingin mencuba, tak payah susah mintak resepi sana sini.. Resepi ni juga telah diubah skit oleh saya.. Kalau ada resepi yang lagi best rasa kek coklat tu, bolehlah share disini.. Jangan kedekut-kedekut taw, tak baik... hehe . Mana tau anda ada resepi turun temurun, tak kisah dalam jawi atau rumi.. hehe..  Bolehlah share disini.. Okeyh, selamat mencuba resepi di bawah ni..

Bahan-Bahan :
4 biji Telur
250 butter/majerin (1 buku)
2 cawan gula caster (kurangkan skit bagi mengurangkan manis)
2 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh baking powder (saya sje tambahnya)
1 cawan serbuk chocolate
1 cawan air suam
topping : 1 bar cooking chocolate cook with double boiled and put 1 camca butter

Cara-cara :
1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan butter dan gula and pukul hingga kembang
3. Masukkan esen vanilla and tepung(diayak dgn bicarbonat of soda). Masukkan juga baking powder.
4. Masukkan chocolate yg dibancuh with air suam (pastikan kacau rata)
5. Pukul hingga kembang
6. Bakar in oven with heat 200c

Cadangan Hidangan: 
topping : 1 bar cooking chocolate cook with double boiled and put 1 camca butter. (Letak masa kek dah sejuk pun takde masalah)

Tips : Biarkan kek ni sejuk sedikit baru keluarkannya dari loyang atau bekas yang digunakan untuk membakar. Lebih sedap, kalau dibiarkan ia di dalam peti dulu.. Bagi saya, kalau tak letak topping pun dah sedap... Jangan lupa sapukan majerin dan letakkan tepung skit pada loyang atau bekas untuk membakar kek tu bagi mengelakkan ia melekat..

Selamat mencuba resepi yang cukup ringkas ni untuk hari raya atau berbuka puasa..!!


[37] Bila Mimpi..??

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mimpi..erm.. Sebelum bangun sahur pagi tadi, saya mimpi arwah ki wan.. Arwah baru meninggal 3 bulan lebih yang lalu.. Ibu kata kalau kita mimpi orang yang dah meninggal sebaik-baiknya kita sedekah apa yang patut untuk arwah seperti doa, Al-Fatihah dan Yasin.. Alhamdulillah, saya dah buat apa yang patut untuk arwah.. Walaupun tak sempat nak jumpa arwah sebelum arwah dikebumikan tapi saya bersyukur kerana saya sempat habiskan masa cuti sebelum ni dengan arwah, sempat juga saya masak untuk arwah makan sedangkan sebelum tu dia tak de selera nak makan..

Yang pasti raya tahun ni, tanpa arwah.. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman..Ameen..

"Selagi orang yang kita sayang hidup, jangan kita sia-sia masa untuk bersama orang tersayang. Ruangkan masa untuk bersamanya sebelum dia hilang untuk selama-lamanya."

[36] Kesempurnaan..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kesempurnaan.. Semua orang pasti mengharapkannya.. Jangan tipula.. Saya pun mengharapkan kesempurnaan tak kira dalam apa benda pun.. Kalau buat kek, mesti nak menjadi.. Kalau bercinta, mesti nak dengan orang yang perfect.. Kalau exam, mesti nak dapat 100%.. Kalau nak beli baju, mesti nak yang cantik.. dan macam-macam lagi.. Tapi sebagai manusia normal, normalla kita berperasaan camtu..

Setakat manakah kesempurnaan itu bertahan..?? Pernahkah kita berfikir.. Dan pernahkah kita sedar dalam dunia ni takde yang sempurna melainkan Yang Sempurna iaitu Allah SWT.. Kalau buat kek, mesti ada je yang tak membawa kesempurnaan kek tu walaupun anda terlampau mahir buatnya.. Kalau bercinta, mesti ada berlaku pergaduhan atas kesilapan masing-masing.. Kalau exam, tanpa kita sedar mesti jawapan tak kena dengan soalanla, lupa step ditengah-tengahla, silap tulisla dan lain-lain.. Kalau beli baju pun, bila dah bawak balik rumah mesti ada yang tak kena.. Ini la yang kita alami sebenarnya dan kita tak sedar..

Kesempurnaan itu boleh dikecapi dengan menerima kekurangan yang ada dengan rela hati.. Tak kisahla samada ia manusia ataupun benda.. Rumah tangga yang bahagia apabila pasangan suami isteri saling bertolak ansur, menerima kekurangan masing-masing dan menyempurnakan kehidupan mereka sebaik mungkin dengan cara tersendiri..

Perempuan yang cantik akan tua..
Lelaki yang hensem akan tua juga..
Kek yang cantik akan dimakan..
Pakaian yang baru akan buruk..

Itulah realiti yang akan berlaku.. Perkara yang kita harapkan kesempurnaannya biarlah kesempurnaan dari dalaman dan bukan luaran semata-mata.. Kerana kesempurnaan dalaman akan kekal untuk selama-lamanya tapi kesempurnaan luaran tidak kekal abadi... Perkara yang buruk itulah kadang-kadang yang paling baik dalam hidup kita..

Jadi janganlah kita mengharap kesempurnaan kerana ia tidak menjamin apa-apa.. Berdoalah padaNya agar dikurniakan sesuatu yang terbaik untuk kita tak kira apa jua.. Terima segala ketentuanNya kerana itu adalah yang terbaik untuk kita olehNya..

"Jangan terlalu mengejar kesempurnaan dunia tapi kejarlah juga kesempurnaan akhirat.."



[35] Perkara Yang Perlu Settle Before New Semester..

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


1. Send slip keputusan semester lepas kepada Yayasan Terengganu.. 
Kan nanti tak dapat duit pulak.. Kalau tak dapat duit, 
mana nak cekup duit nak bayar itu ini..

2. Bayar yuran semester pendek.. Ni pun pasal duit gak. 
Yang ni kena mak ayah support la. 
Sebab yayasan tak tanggung semester pendek. Aduhai..

3. Selesai urusan penginapan semester depan dengan pengurus kolej. 
Satu hal lagi. Kena campak kolej jauh-jauh, pastu kena la merayu-rayu 
buat muka tebal mintak kolej dekat pulak..

4. Passport.. Ni duit lagi.. Boleh kering beg duit camni.. 
Duit dalam bank pun tinggal sisa je la lepas ni.

5. KBS, JBS.. Ni nak kena settle hal-hal persatuan.. 
Tak nak bukak-bukak sem, kelam kabut lari ke putrajaya 
ke bangi.. Tapi yang ni complicated skit nak settle.. 
Dah namanya sekarang berjijak di bumi Terengganu.. 
Jauh tu Putrajaya, Bangi..

6. Urusan-urusan mereka yang saya suka.. Suka cara mereka.. 
Harap-harap takdela pening cam tahun sebelum ni..
*takleh terang banyak-banyak*

Rasanya takde dah.. Kalau ada lagi, agak-agak boleh buat tak nampak tak?? Hehe.. InsyAllah, dah takde la tu.. Saya ni pelupa.. Selalu kena list, kalau tak, ada je yang tertinggal.. Huhu..


" Ya Allah, permudahkan segala urusanku..Ameen.."