[33] Melatih Budak Kecik Berpuasa

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke lapan umat islam berpuasa di bumi Allah ini, dah ada ke yang tinggal puasa? hehe.. harap-harap puasa penuh ye bagi yang tidak ada kesulitan dan keuzuran. Sempena bulan puasa ni saya nak berkongsi kaedah mendidik atau melatih budak-budak kecik berpuasa.

Syukur, adik saya berpuasa penuh setakat hari ni takde puasa separuh ari ke sekerat ari ke. Dah lapan hari jugak macam-macam ragam si kecik ni tapi masih berjaya kekalkan puasa. Setiap kali balik sekolah around 1 until 2 pm mesti sah dia mulalah berkata-kata, "kakak, adik sakit perutla..", "kakak, adik nak makan boleh..", "lambat lagi ke nak makan.." dan macam-macam... Bila balik rumah jugak, dia akan mengamuk, menangis sebab tak ikut kehendak dia yang nak makanan.. Memang bisingla dalam rumah ni.. Tapi sekejab je dia mengamuk, menangis bila dah dipujuk dengan kata-kata nasihat. Contohnya "kalau adik makan, nanti syaitan tepuk tangan sebab adik kalah..", "orang puasa banyak pahala, Allah sayang dia..", "kalau orang puasa, nanti dia berbuka dengan makanan sedap-sedap tapi orang tak puasa, takleh makan makanan sedap.adik nak yang mana?" dan macam-macam lagi. Bila budak-budak merengek nak berbuka, seboleh-bolehnya, kita cuba elakkan dari dia berbuka.. Kecualilah, dia memang dah nampak lembik, kebuluran dan sebagainya. Adik saya tu bukan main berlari-lari kat halaman rumah, jadi saya kira dia masih larat untuk berpuasa.

Kalau nak tahu, umur adik saya 7 tahun. Semasa umur dia 6 tahun lagi, ibu dan ayah saya latih dia berpuasa. Ibu saya mengamalkan beberapa cara untuk memastikan adik saya tak tinggal puasa. Antaranya,

1. TIDAK Meletakkan makanan dihadapan adik saya.
2. TIDAK Masak didepan adik saya, pastikan dia tengah bermain, tidur atau ke sekolah.
3. Menghidangkan makanan kesukaan adik saya bila berbuka.
4. Mesti kejut bangun sahur. Susah camne nak kejut dari tidur pun tetap kena bangun. So pastikan adik saya tidur awal untuk senang bangun sahur.
5. Berikan kata-kata pujian selepas berbuka seperti "bagusnya adik harini, puasa penuh..", jangan lupa untuk ciuman jugak untuk budak kecil..kerana dari psikologi budak-budak akan rasa lebih disayangi dan dihargai.
6. Jangan lupa pastikan dia solat setiap waktu. Ajak dia solat sama bila dia ada dirumah dan tengok dia solat bila saya dah solat. *yang terakhir ni tips saya guna*

Bagi ibu-ibu, kakak-kakak diluar sana.. Cubalah latih anak-anak kecil berpuasa, tak penuh pun takpe janji mereka dah biasa berpuasa.. Kalau dah umur 10 tahun baru nak latih, susah jugak kita nak latih dia berpuasa penuh..

Semoga puasa kali ni lebih baik dari sebelum-sebelum ni. Berbuka tu jangan berlebih-lebih, bersederhana lebih baik..Selamat berpuasa!!

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya."



No comments:

Post a Comment