[34] Lebih Memilih Bersendirian..

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah dah 10hari saya berpuasa di rumah. Tahun ni, memang habiskan bulan ramadhan di rumah di terengganu. InsyAllah.. Tahun lepas, saya berpuasa di Bangi.. Kiranya tahun ni, berbeza dari tahun lepas dan sebelumnya, dimana saya berpuasa di Gambang, Pahang. Nikmat berpuasa dengan keluarga tak payah nak dicerita, syukur memang best kot. Nak berbuka apa-apa je boleh, takde istilah "apapun tak boleh".. Cuma cari resepi dan buat je.. Kalau nak tahu, hari ni saya berhasil buat sambal tomato.. haa, apa tu?? Kalau nak tahu, sambal tomato ni la yang biasa dijual bersama nasi ayam penyet, pecel lele tu.. Best.. Memang mood tengah rindu Bangi, sebab tu le try masak makanan yang biasa makan kat sana..

Aduhai, sebenarnya saya dah lari dari tajukla.. Tajuk lain, citer pulak hal lain.. Hehe.. Anggap jela tadi tu warming up ye.. Jangan marah sebab dah buang masa anda yang sudi baca citer yang tak best disini.. Firstly, nak says sorry to all friends sebab sepanjang cuti ni saya memang tak contact langsung sapa-sapa pun kecualila orang tu ada contact saya terutamanya di fb..Kalau hp, mintak maaf mintak ampun memang takla.. Kredit top up RM10 dari bulan Jun 2011 tak habis-habis lagi.

 
thanks Cik Milimilo untuk gambar ini..

Secondly, sapa yang call then saya tak jawab tu maknanya saya takde bersama handfon la tu. And sorry sebab saya tak call or msg balik. Sebenarnya saya malas sangat nak taip msg. Teruk gile perangai..

Thirdly, kalau ada msg-msg yang takdireply di fb atau hp tu sorryla. sebab kadang-kadang ada pertanyaan takde jawapan pada masa ditanya. Cam pelik je kan.. Tapi memang pelik sebab kadang-kadang tetiba datang penyakit malas nak menjawab pertanyaan. Nanti bila dah ada jawapan yang sesuai, i will answer all the questions tapi harap bersabarlah menunggu.. Hehe..

Akhir sekali, saya nak berterus-terang sepanjang cuti ni saya memang lebih suka bersendirian dan memilih untuk bersendirian.. Kalau boleh, nak rest je. Tak nak fikir perkara-perkara yang memeningkan dan menyemakkan kepala. Kecuali hal-hal yang berkaitan dengan komitmen saya je. Yela, komitmen takleh la nak letak tepi.. Dah namanya tanggungjawab so amanah dari DIA jangan diabaikan nanti akan disoal kelak. Memang saya sedar, mungkin ada yang berfikir bukan-bukan dengan tindakan saya ni. Don't worry, dalam hati saya takde pape seperti terasa, sakit hati dan lain-lain cuma saya ingin bersendirian dan mencari ketenangan.. Bila dah balik Bangi, semua tu saya dah susah nak dapat.. Inilah masa nak muhasabah diri.. Dan berharap bolehlah kawan-kawan memahami situasi saya.

 
"Ketenangan Itu Indah Dan Perlu Dimiliki Oleh Semua Insan.."




No comments:

Post a Comment