[36] Kesempurnaan..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kesempurnaan.. Semua orang pasti mengharapkannya.. Jangan tipula.. Saya pun mengharapkan kesempurnaan tak kira dalam apa benda pun.. Kalau buat kek, mesti nak menjadi.. Kalau bercinta, mesti nak dengan orang yang perfect.. Kalau exam, mesti nak dapat 100%.. Kalau nak beli baju, mesti nak yang cantik.. dan macam-macam lagi.. Tapi sebagai manusia normal, normalla kita berperasaan camtu..

Setakat manakah kesempurnaan itu bertahan..?? Pernahkah kita berfikir.. Dan pernahkah kita sedar dalam dunia ni takde yang sempurna melainkan Yang Sempurna iaitu Allah SWT.. Kalau buat kek, mesti ada je yang tak membawa kesempurnaan kek tu walaupun anda terlampau mahir buatnya.. Kalau bercinta, mesti ada berlaku pergaduhan atas kesilapan masing-masing.. Kalau exam, tanpa kita sedar mesti jawapan tak kena dengan soalanla, lupa step ditengah-tengahla, silap tulisla dan lain-lain.. Kalau beli baju pun, bila dah bawak balik rumah mesti ada yang tak kena.. Ini la yang kita alami sebenarnya dan kita tak sedar..

Kesempurnaan itu boleh dikecapi dengan menerima kekurangan yang ada dengan rela hati.. Tak kisahla samada ia manusia ataupun benda.. Rumah tangga yang bahagia apabila pasangan suami isteri saling bertolak ansur, menerima kekurangan masing-masing dan menyempurnakan kehidupan mereka sebaik mungkin dengan cara tersendiri..

Perempuan yang cantik akan tua..
Lelaki yang hensem akan tua juga..
Kek yang cantik akan dimakan..
Pakaian yang baru akan buruk..

Itulah realiti yang akan berlaku.. Perkara yang kita harapkan kesempurnaannya biarlah kesempurnaan dari dalaman dan bukan luaran semata-mata.. Kerana kesempurnaan dalaman akan kekal untuk selama-lamanya tapi kesempurnaan luaran tidak kekal abadi... Perkara yang buruk itulah kadang-kadang yang paling baik dalam hidup kita..

Jadi janganlah kita mengharap kesempurnaan kerana ia tidak menjamin apa-apa.. Berdoalah padaNya agar dikurniakan sesuatu yang terbaik untuk kita tak kira apa jua.. Terima segala ketentuanNya kerana itu adalah yang terbaik untuk kita olehNya..

"Jangan terlalu mengejar kesempurnaan dunia tapi kejarlah juga kesempurnaan akhirat.."



No comments:

Post a Comment