[37] Bila Mimpi..??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mimpi..erm.. Sebelum bangun sahur pagi tadi, saya mimpi arwah ki wan.. Arwah baru meninggal 3 bulan lebih yang lalu.. Ibu kata kalau kita mimpi orang yang dah meninggal sebaik-baiknya kita sedekah apa yang patut untuk arwah seperti doa, Al-Fatihah dan Yasin.. Alhamdulillah, saya dah buat apa yang patut untuk arwah.. Walaupun tak sempat nak jumpa arwah sebelum arwah dikebumikan tapi saya bersyukur kerana saya sempat habiskan masa cuti sebelum ni dengan arwah, sempat juga saya masak untuk arwah makan sedangkan sebelum tu dia tak de selera nak makan..

Yang pasti raya tahun ni, tanpa arwah.. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan orang-orang beriman..Ameen..

"Selagi orang yang kita sayang hidup, jangan kita sia-sia masa untuk bersama orang tersayang. Ruangkan masa untuk bersamanya sebelum dia hilang untuk selama-lamanya."

No comments:

Post a Comment