[40] Ada Cerita Disebalik Baju Raya Tahun Ni..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Mesti pelikkan bila baca title post " [40] Ada Cerita Disebalik Baju Raya Tahun Ni.. ".. Tapi takde yang pelik mahupun yang best pun, cerita ni biasa-biasa je.. Sebenarnya tahun ni agak banyak kot baju raya berbanding tahun lepas.. Sebelum ni, ingatkan dah takde baju raya.. hehe.. Tahun lepas, saya hanya ada 2 pasang baju raya. Yang 1 tu saya pergi beli kat Jalan TAR with our beloved SRM seniors.. Yang 1 lagi tu pulak, my aunt bagi..

 ni baju raya tahun lepas..

Tapi tahun ni berbeza pulak ceritanya.. Malu nak cerita tapi seronok untuk bercerita.. Hehe.. Complicated pulak.. Ok, bila dihitung saya adalah 4 pasang baju raya.. Terima kasih daun keladi mak cik tukang jahit sebab siapkan baju saya yang saya dah hantar berbulan-bulan yang hampir setahun gamaknya.. Jadi bolehlah saya pakai untuk raya ni..

Kalau nak tahu, 2 diantara 4 pasang tu saya beli kain kat UKM time ada ekspo apa entah masa first year.. Lamakan.. Can u imagine if u in my foot..? haha... Tapi salah saya jugak sebab saya tak de masa nak tempah atau hantar kat mak cik tukang jahit. Nak jahit sendiri pun takdapet la.. Kemahiran menjahit takde langsung dalam diri ni.. But one day, i hope i can spend time to learn to sew baju kurung and baju melayu.. Hehe.. Mana tau kalu panjang umur, nak jugak jahit for my family..

Sepasang lagi baju kurung tu pulak, ibu saya beli kain masa shopping kat Kota Bharu a.k.a KB.. Sebenarnya ada 1 kain lagi tapi dah lama siap berjahit, dan dah dipakai pegi kelas..Masa tu saya tak ikut, almaklumla merajuk panjang.. Hehe..*blushing* .. Orang lain, i means my family members yang lain dah jahit pun kain tu tapi saya je belum.. So postpone la, tahun ni baru boleh pakai sebab dah siap dijahit pun.. Terima kasih lagi mak cik tukang jahit..

 ni pulak gambar raya bersama family srm di rumah kak dila, lokasi ampang..

Then yang last tu pulak, mak cik saya atau Cik Nun yang bagi kat saya.. Baju tu dah siap tapi saya je tak pakai sebab kain dia kain sarung.. So saya hantar kat rumak mak cik jahit untuk dipasang getah pinggang.. Tadaa.. Akhirnya tahun ni boleh pakai.. Terima kasih mak cik tukang jahit..

Jadi tahun ni saya ada 4 pasang baju yang hasil dari merajuk tak nak hantar ke rumah mak cik tukang jahit, merajuk sebab baju yang di jahit *sepasang je* tak sama dengan kehendak saya. haha.. Malunya.. Ah, abaikan.. 4pasang = 3 baju kurung + 1 baju kebaya..

Terima kasih juga kepada mak cik saya a.k.a chu sebab belikan kain untuk saya dari Bandung.. Tapi sayang, kain tu tak dapat nak pakai tahun ni sebab tak de orang nak jahit.. So tahun depan, saya akan cuba usahakan hantar ke mak cik tukang jahit lagi.. Hope takde lah ambil masa yang lama lagi untuk di jahit..

Okla, nak sambung buat kerja pulak.. Kalau nak share citer baju raya, sila-sila la share disini..

"Raya-raya jugak, Jangan lupa ganti puasa pulak.."


No comments:

Post a Comment