[41] Isi Rumah Dah Penuh Edisi Raya..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Semua dah balik dari asrama.. Seronoknya bila semua dah memenuhi rumah.. My sisters came back from MRSM Kepala Batas and Kolej Profesional Mara Kuantan..

Excited tunggu mereka pulang, walaupun ngantuk..ngantuk..ngantuk tahap mata tak leh bukak.. Sanggup saya tunggu.. Maklumlah masing-masing stay jauh-jauh.. Time camni je mampu jumpa.. Berbulan-bulan masing-masing di perantauan.. Sebenarnya kami adik-beradik jarang berpisah tapi sejak 3 tahun ni iaitu saya yang dahulu memecahkan rekod pertama dalam family saya  mulakan dengan belajar jauh-jauh then mereka turut sama follow saya.. Memang ibu saya tak senang duduk dengan keputusan kami tapi lepas dipujuk-pujuk, akhirnya ibu saya dah terbiasa.. Kalau nak pergi luar negara pun ibu dah tak kisah kan? haha.. Memang kena kejar dengan batang penyapu la..

Actually, ibu saya tu memang manjakan kami tapi dia tak manjakan kami dengan wang ringgit or harta benda.. Kasih sayang, yes.. Itu yang dia bagi.. Sampaikan dia kata dia nak anak-anak dia duduk depan dia setiap masa.. Hehe.. Then words yang paling saya suka dengar from ibu saya ialah "Ala..ala..anak ibu..ibu sayang anak ibu.."..

Bila isi rumah dah lengkap, baru lah sedar itu ini tak cukup lagi.. Pastu sesi keluar ke bandar memecah rekod, dari sebelum zohor *pagi-pagi* sampai lepas zohor *kat kul 5.00 baru balik*.. Pergi cari barang dapur kat Sabasun.. Kedai famous dalam Kuala Terengganu.. Bandar Kuala Terengganu takdelah jam a.k.a bolok sangat.. Tapi kalu kat Giant, Mydin Mall tu tak yah nak cakapla.. Bak kata orang ganu, bolok kat jalan tu ha.. Nak dapat parking kat Giant memang nak kena sabar tahap tinggi.. Nak singgah Mydin Mall pun tak hinggin masa tu.. Last-last pergi bandar Kuala Terengganu, baru lah jumpa baju sepasang untuk adik, 2pasang kasut untuk adik-adik..

Disebabkan kepenatan tahap tak sedar diri, saya memang tidur tak sedar diri.. Langsir dari semalam nak gantuk, tak gantung-gantung lagi.. Hahaha.. Tapi sempat pulak update blog.. Okla, nak chow dulu..

Hari Raya yang mulia, jangan kita buat maksiat pada hari mulia ini..

p/s : doakan saya tak demam di pagi raya. Ni pun dah little bit batuk-batuk.




No comments:

Post a Comment