[42] Syawal Kali Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah lega rasanya bila banyak perkara dah settle.. Cuma tinggal beberapa perkara yang belum settle terutamanya kolej kediaman.. haish.. Sekarang kena la biasakan diri hidup menumpang, kesian si tuan bilik..

Raya tahun ni agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, sebab arwah ki wan dah tak de.. Al-fatihah.. Jadi takde la nak balik raya rumah ki wan pagi-pagi lepas sembahyang raya. Dan takde jugak sesi berebut pertahankan nak balik rumah ki wan dulu baru balik rumah tok dan tok ki, i means family belah ayah..

Raya pertama saya memang tak ke mana, just duduk rumah. Then forward massage raya kepada nombor-nombor yang ada dalam hanset. Rupa-rupanya nombor dalam hanset tu kebanyakkannya dah tak dipakai sebab msg tak delivered. Paling best, kena serang dengan bini orang *citer selanjutnya hanya org tertentu je tau..*.. Nasibla saya ni penyabar, kalu tak, de yang kena sembur ayat-ayat best.. huhu..Sekarang ni, hanset saya dah mengeluarkan tanda-tanda positif untuk saya beli hanset baru tapi maaflah, saya tak mampu.. Tunggu kerja dulu. Ehem.. Kalau ada sesiapa yang nak sedekah hanset kat saya pun boleh.. hehe..

 family saya di pagi raya ke berapa entah..

Raya ke 2, macam biasa pergi rumah sedara mara sebelah ibu di Chabang Tiga. Dari pagi sampai maghrib baru balik.. Seronok dapat berkumpul dengan cousin-cousin yang lama tak jumpa. Al maklumla, family terlampau besar.. Jadi kadang-kadang tak sempat nak jumpa, masing-masing clash masa bila raya.

Raya ke 3, kami sekeluarga pergi beraya rumah sedara sebelah ayah pulak. Yang ni takdela masalah sangat sebab keluarga takdela besar sangat.. Ayah cuma 9 orang adik beradik, Ibu pulak berbelas2..huhu

Raya ke 4, saya tak kemana siang hari sebab rumah memang buat open house setiap 4 syawal.. So lepas ni sesiapa yang nak datang, boleh datang.. Kali ni, saya takde nak jemput-jemput kawan-kawan datang tapi ada jugak yang datang.. Bukan taknak jemput tapi malas nak send massage..

Raya ke 5 dan ke 6, saya keluar dengan kawan-kawan.. Beraya rumah ustazah dan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Terima kasih sebab datang rumah saya then bawak saya keluar..

 tahniah dayah untuk majlis pertunangan anda..

Raya ke 6 jugak la saya naik bas balik Bangi. Ibu siap bising sebab pukul 6 petang tak balik rumah lagi sedangkan pukul 8 dah nak gi stesen bas. Tapi time tu je boleh nak jumpa kawan-kawan yang lama dah tak jumpa. Nanti bila ada yang dah balik belajar kat u masing-masing dan ada yang fly nun jauh disana.. Tak tau bila pulak boleh jumpa.


 Kawan sekolah menengah chendering..

Bila dah sampai Bangi, saya memang akan bertukar menjadi orang yang busy. Sampaikan bila jumpa kawan-kawan masa raya aritu, dorang semua perli.. Kali ni, saya busy dengan pelajar baru dan pemudahcara pelajar baru.. Sepatutnya kerja saya dah siap before orentasi pelajar baru lagi tapi saya kenalah bantu sahabat-sahabat lain jugak.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Maaf sekiranya terdapat kesilapan yang dsedari atau tak disedari yang saya lakukan kepada anda semua.

Selepas saya dan sahabat-sahabat di Pemudahcara Pusat settle kerja. Kami keluar makan ayam penyet, raya sesama dan sambut kemerdekaan di UKM.. 5 buah kereta tu, memang meriah la..
Walaupun baru kenal dalam beberapa hari tak lebih 5 hari, kita memang rapat.. Bila sama-sama bidas antara satu sama lain, takde pun yang sensitif dan lain-lain.. Its a truly friendship..

 Ayam penyet..

 Beraya di rumah En Musa..

Sambut Hari Kemerdekaan di stadium UKM..

Hari ni, saya sedikit free sebab kelas hanya satu jam, dan temujanji pagi ni awal-awal lagi dah settle.. Ni la sebabnya saya ada masa untuk berblog sesorang di bilik SRMUKM..

Sekian dari saya..

p/s:tak mampu nak letak sume gambar disini..maaf ye..

"Jangan kita kata dia sahabat kita sekiranya kita tak pernah jujur dengan dia."

No comments:

Post a Comment