[45] Tak usah nak touching.

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lately, memang saya sangat busy. Tengok jela blog ni ha, memang tak terurus, takde sebarang post baru. Pagi nanti pun ada program Siswa Sihat.. Tapi mata tak leh nak pejam-pejam.

Sekarang ni tengah sibuk dengan persiapan ke Aussie dan Ekspresi Remaja TV9.. Persiapan nak ke sana masih lagi dalam proses. Thanks to muhammad, liyana, anas dan lain-lain yang membantu. Sahabat-sahabat yang turut sama menjayakan proses di Malaysia juga terima kasih.. dan saya percaya kepercayaan yang saya letakkan kepada mereka sebelum ni tak sia-sia. InsyAllah kita akan berjaya pergi sana, balik Malaysia dan buat jurnal untuk UKM..

Persiapan Ekspresi TV9 masih jugak berjalan.. Tarikh event tersebut 15hb Oktober ni.. So kerja memang banyak banyak banyak. Walaupun ada yang perasaan saya online je, tapi sebenarnya itu hanya selingan saya sambil siapkan assignment, tugasan program dan macam-macam. Seriously, bagi sesetengah orang mengatakan saya takde life tapi sebenarnya saya ada pelbagai jenis life yang berbeza dari orang lain. Okey.

Sungguh saya mengaku, saya tak sempat nak bagitahu sesiapa yang saya bakal ke Australia even my best friends sekalipun. Saya sedar sekarang ada yang marah dengan saya sebab dia tak dengar dari mulut saya sendiri tapi dari orang lain. Telefon family sendiri pun tak sempat, lagikan kawan-kawan. Sehinggakan ibu saya berkata, "nak cakap dengan anak sendiri pun susah..".. Seperti saya katakan, tiba waktunya saya akan bagitahu jugak. So janganla touching touching.. Saya tak sempat nak jaga perasaan orang, nak fikir benda yang remeh temeh.. Diri sendiri pun tak terurus sekarang ni. Inikan nak uruskan hal orang lain.. Huhu..

Saya harap takde pihak yang touching touching dengan saya lepas baca ni. Saya hanya perlukan sokongan, doa dan yang positif sahaja. Saya akan bagitahu juga kepada kawan-kawan apabila saya dah confirm pergi sana, sebelum ni memang tak confirm. Kalau bagitahu then tiba masanya tak pergi, gerenti malukan..Alhamdulillah, semalam tiket dah beli.. InsyAllah, 21hb Okt ni dalam kira-kira lagi 12 hari lagi..

Semoga semuanya lancar. Kawan-kawan yang di Melbourne, nantikan kedatangan kami.. Untuk pengetahuan, dalam 1 bulan persiapan semuanya hampir selesai dan saya sangat sangat tak sabar untuk sampai ke garisan penamat.

p/s:Terima kasih mem untuk sesi makan kek, teradvance 1 bulan dari tarikh birthday. Love from us SRMUKM..

"If u are really my friends, u should me know me very well.."