[52] Memang Gitu Jadinya.

0 Komen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Orang penat memang boleh tidur kat mana-mana je kan.
Orang penat memang kalu tertidur susah nak terkejutkan.
Orang penat memang lena tidurkan walaupun tempat tak selesa.
Orang penat memang dah slalu tertidur je.
Orang penat memang tak pegang janji.
Orang penat memang selalu kata nak tidur 1/2 jam je tapi melarat 2, 3 jam..

Tapi orang penat tu bangun-bangun terus mengucap.. Astrafirullahalazim.. Subahanallah.


Bukan sebab apa, terkejut tengok keadaan sekeliling. Macam tak percaya dalam keadaan tu pun, lena teramat.. Semoga orang penat tu tak penat dah lepas ni.  Orang penat tu lebih aktif dan ceria selepas ni.. Hopefully..


Lepas ni, orang penat nak tertidur camni la, baru nampak cute.. Tapi nak alas dengan buku supaya semua ilmu masuk terus dalam kepala.. Hoho.. 

p/s: dapat call jemputan program Apa Kata Wanita selepas terkejut.. Live kat Tv1. Siapa nak ikut angkat jari. tQ.. hehe..


[51] Rindu Melbourne.

2 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Terima kasih untuk kenangan bersusah payah bermarketing, mencari tempat tinggal, mencari maklumat berbagai, berjalan jauh, merangkak baca peta, naik tram, makan makanan besar, peluk dalam kesejukan, menangis ingat Malaysia, bergambar sakan, tahan drp menjerit kat airport, sembahyang merata tempat, membeli belah di Vic Market, puasa di negara orang, tidur tak pasang kipas tapi pasang heater dan macam-macam lagi.




Semua tu dah jadi kenangan yang akan diabadikan dalam ingatan. sampai bila-bila insyAllah. Alhamdulillah.. Jurnal dah siap, laporan dah siap. Lepas ni harap bakal suami bawak honeymoon gi aussie. haha. *just kidding*. Okla. bye.

"Indah pada kenangan yang terbina, semoga indah juga pada ukhwah yang terbina"

[50] My new fish.

0 Komen
Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Saya nak memperkenalkan fish saya yang baru. Sebelum ni, ada bela jugak tapi mati. Then, sekarang saya dah ada pengantinya.. hehe



Ni la gambar 2 ekor ikan gapi saya. Ikan ni la yang temankan saya kat bilik dan jadi bahan mainan saya ketika saya bosan. Harap-harap ikan ni bertelur dan dapat banyak anak ikan. Huhu.. Tak sabarnya nak dapat banyak anak ikan.. Opppss lupa.. Ikan ni saya tak beli taw, ada orang bagi. Orang tu adalah Mr Pres. Hehe.. Tq Mr. Pres.. Untungnya saya dapat ikan ni. Pesanan dari Mr Pres, "dyana, pastikan ikan ni tak mati.".. Hehe.. Orait bos. Hari-hari ikan ni makan best, makan biskut mahal roti mahal. Untungla ikan. Makan dah best, so jangan lupa bagi Mummy cucu. *ok, saya bahasakan diri saya mummy dgn anak ikan saya*.. Hehe.. Okla. itu saje pasal my new fish..

Bye, bye..
With Love,





[49] Banyak benda yang mengimbas kenangan zaman sekolah.

0 Komen
Assalamualaikum & salam sejahtera.

Awal pagi lagi, saya dah start copy doa then tulis dalam jawi.
Seriously, teringat zaman sekolah. Sebab zaman sekolahlah banyak guna jawi. Dah masuk matrik semakin kurang guna dan masuk UKM lagi la tak langsung. Nasibla tulisan masih cantik dalam jawi. *eh terpuji diri sendiri pulak.*

Malam pulak, tengok budak BSMM training kawad. Dan teringat lagi zaman sekolah, petang-petang mesti training kawad. Bila ada competition, pagi petangla training. Saya start resign kawad kaki totally lepas PLKN.

Dalam diam, saya berkata saya sangat rindu zaman sekolah.


[48] Program Perjalanan Selamat

0 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fuh.. fuh.. Dah berhabuk blog ni. Disebabkan masa sangatlah tak cukup saya memang tak sempat nak update blog ni. Maafla ye blog tersayang.. Tapi hari ini saya nak share pasal program Perjalanan Selamat yang ditaja oleh Exxon Mobil dan dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalanraya Wilayah Persekutuan.


Program ini diadakan di Dataran Merdeka pada 10 Disember yang lepas. Antara aktiviti program ialah, senaman pagi, berjalan melalui dari dataran merdeka, sogo, masjid jamek dan patah balik ke dataran merdeka dengan membawa sepanduk masing-masing, bacaan ikrar, pameran dan cabutan bertuah.




Sempat jugak abang DJ ni buat lawak sepanjang program. Disebabkan mereka, saya berdiri disitu.. Untunglah anda yang menarik saya ke depan..



Terdapat juga beberapa IPTA yang turut serta iaitu UTM, UKM *its my group*, UPM, UIAM dan UM srpanjang program ini. Dan yang paling best kami juga dijamukan dengan nasi lemak yang best tapi tak sempat nak makan banyak sebab nak ready utk ikrar, dan KFC.


Lebih menerujakan kami dan lagi untungnya kami, kami menang no 2 untuk pertandingan sepanduk. UTM no 1 dan UPM no 3.. Hadiahnya berupa Wang Tunai sejumlah RAHSIA dan sijil penyertaan..



Ni sijil yang ditanda tangan original bukan cop2 taw.


Terima kasih Tuan & Puan polis trafik dan seangkatan dengannya yang mengawal lalu lintas sepanjang program. Feedback from student who involve dalam program ni, mereka berkata program ni sangat best dan sangat appricate peserta yang pergi. Mestila seronok sebabnya dahla dapat KFC, t-shirt dan macam-macam. Program ini juga adalah kali kedua diadakan. Dengar khabar, program ni akan diteruskan pada tahun-tahun seterusnya. Jangan lupa join next year.

Tahniah kepada team UKM atas kejayaan memenangi tempat ke 2dalam pertandingan sepanduk Keselamatan Jalan Raya semasa Program ‘Perjalanan Selamat’, anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Exxon Mobil pada 10 Disember 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang melibatkan pertandingan antara enam IPTA sekitar Lembah Kelang. Team UKM seramai 40 orang terdiri daripada siswa/i Sekretariat Rakan Muda dan kakitangan JPPel telah menjayakan program berkenaan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Program berjalan kaki secara beramai-ramai ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat diadakan sejajar dengan hasrat kerajaan dalam menjayakan Tema Ke Arah Pelaksanaan Dekad Keselamatan Jalan Raya 2011-2020. Tahniah sekali lagi kepada team UKM.


(epelajar/bul/bil.15122011-22)
p/s : thanks to penyumbang gambar : suraya, fariz dan wana.
p/s : ni program SRM UKM taw. 
p/s : yg di ucapan tahniah dicopy paste dari E-pelajar..