[48] Program Perjalanan Selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Fuh.. fuh.. Dah berhabuk blog ni. Disebabkan masa sangatlah tak cukup saya memang tak sempat nak update blog ni. Maafla ye blog tersayang.. Tapi hari ini saya nak share pasal program Perjalanan Selamat yang ditaja oleh Exxon Mobil dan dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalanraya Wilayah Persekutuan.


Program ini diadakan di Dataran Merdeka pada 10 Disember yang lepas. Antara aktiviti program ialah, senaman pagi, berjalan melalui dari dataran merdeka, sogo, masjid jamek dan patah balik ke dataran merdeka dengan membawa sepanduk masing-masing, bacaan ikrar, pameran dan cabutan bertuah.




Sempat jugak abang DJ ni buat lawak sepanjang program. Disebabkan mereka, saya berdiri disitu.. Untunglah anda yang menarik saya ke depan..



Terdapat juga beberapa IPTA yang turut serta iaitu UTM, UKM *its my group*, UPM, UIAM dan UM srpanjang program ini. Dan yang paling best kami juga dijamukan dengan nasi lemak yang best tapi tak sempat nak makan banyak sebab nak ready utk ikrar, dan KFC.


Lebih menerujakan kami dan lagi untungnya kami, kami menang no 2 untuk pertandingan sepanduk. UTM no 1 dan UPM no 3.. Hadiahnya berupa Wang Tunai sejumlah RAHSIA dan sijil penyertaan..



Ni sijil yang ditanda tangan original bukan cop2 taw.


Terima kasih Tuan & Puan polis trafik dan seangkatan dengannya yang mengawal lalu lintas sepanjang program. Feedback from student who involve dalam program ni, mereka berkata program ni sangat best dan sangat appricate peserta yang pergi. Mestila seronok sebabnya dahla dapat KFC, t-shirt dan macam-macam. Program ini juga adalah kali kedua diadakan. Dengar khabar, program ni akan diteruskan pada tahun-tahun seterusnya. Jangan lupa join next year.

Tahniah kepada team UKM atas kejayaan memenangi tempat ke 2dalam pertandingan sepanduk Keselamatan Jalan Raya semasa Program ‘Perjalanan Selamat’, anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Exxon Mobil pada 10 Disember 2011 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang melibatkan pertandingan antara enam IPTA sekitar Lembah Kelang. Team UKM seramai 40 orang terdiri daripada siswa/i Sekretariat Rakan Muda dan kakitangan JPPel telah menjayakan program berkenaan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Program berjalan kaki secara beramai-ramai ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat diadakan sejajar dengan hasrat kerajaan dalam menjayakan Tema Ke Arah Pelaksanaan Dekad Keselamatan Jalan Raya 2011-2020. Tahniah sekali lagi kepada team UKM.


(epelajar/bul/bil.15122011-22)
p/s : thanks to penyumbang gambar : suraya, fariz dan wana.
p/s : ni program SRM UKM taw. 
p/s : yg di ucapan tahniah dicopy paste dari E-pelajar..


No comments:

Post a Comment