[60] Ciri-ciri Wanita Cantik

2 Komen
Assalamualaikum wbt wanita-wanita yang cantik..

Marilah kita sama-sama dengar ciri-ciri wanita cantik. Semoga kita sentiasa cantik.









Selamat Menonton.. Dan jadilah wanita yang cantik..


[59] Dia Menghina Kamu.

0 Komen
Assalamualaiku wbt.

Lelaki yang menyentuh kamu sebelum mengahwini kamu BUKAN menyayangi kamu tapi sebenarnya lelaki itu sedang MENGHINA kamu. Dan cari la lelaki yang mampu menunaikan solat 5 waktu tanpa meninggalkan salah satu pun.. kerana jika ia tak mampu mengalas tanggungjawabnya kpd Allah macamana dia nak bertanggungjawab kpd kita.



Wallahu a'lam..


[58] Tabah kerana kau tak keseorangan.

0 Komen
Assalamualaikum wbt..


Kita takpernah keseorangan kan.?


[57] Best Friend Fillah Jannah..

0 Komen
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

"Dan perumpamaan teman yang baik, ibarat seorang penjual minyak wangi. Kalaupun dia tidak memberikan minyak wanginya, setidaknya kita mendapatkan aromanya yang semerbak. Sementara perumpamaan teman yang jahat, tak ubahnya seperti tukang besi. Kalaupun kita tidak terkena asap hitamnya, setidaknya kita akan mencium bau busuk dari tungkunya."
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Al-Adab (4191).

Saya dah jatuh cinta pada ayat diatas. Jatuh cinta kerana merasakan indahnya persahabatan..

Sahabat yang bernama sahabat..
Maaf sekiranya hati sahabat pernah terguris kerana perbuatan diri ini..
Tapi ketahuila, tiada sahabat yang sanggup melihat sahabatnya tersalah buat pilihan..
Melihat sahabat jatuh, menangis, sedih..
Itu cukup sakit walaupun kita berjauhan..
Sungguh sakit bila diri ini takmampu berbuat apa-apa.


Sahabat..
Sekiranya hati pernah terguris dengan teguran..
Abaikan teguran itu..
Pilihlah jalan yang kamu rasa baik untuk dirimu..
Diri ini takkan pernah akan menahan kehendak dirimu..
Tapi diri ini akan sentiasa mendoakan kejayaan dan kebahagianmu..
Dan jangan pernah kamu lupa untuk mencari keredhaan dan keberkatanNya..
Mungkin hubungan kita tak seperti dulu di dunia..
Tapi saya tetap berdoa agar kita berjumpa di JANNAH.
Berpimpin tangan memasuki pintu SYURGA..
InshaAllah..

p/s:saya sayang kamu sahabat..



[56] Rawat penat hati.

0 Komen
Siapa nak bagi baju kat "homeless"??

Angkat tangan, kaki, jari...

Ini merupakan satu fenomena bila buat lawak. Yes lawak sangat.

Apa perasaan bila kita nak buat sesuatu then benda tu tak dapat diteruskan seperti niat yang asal setelah kita work out semampu kita? Ada yang boleh share jawapan kat komen..? Sila kan.. Saya berharap sangat, mungkin komen anda boleh membantu saya rawat hati ni.

Emm.. Memanglah tak baik berperasaan macam ni.. Tak elok untuk diri sendiri termasuk hubungan sesama manusia. Sesiapa yang merasanya pasti faham kan. Bertanya semula pada para pederma yang baik hati untuk tanyakan niat mereka berkenaan barang-barang yang mereka derma dan bla bla bla bla. Itu memang tak berat pun bagi saya. Pergi ambil barang-barang mengunakan kudrat 2 kaki, 2 tangan dan tubuh badan kurniaan Allah pun tak berat pun walaupun terpaksa ulang alik guna bas zon 11 *kaki*.

Kerana..

Semuanya satu sahaja, nak capai satu matlamat...

Tapi semuanya hancur hancur hancur..

When u see all things u collect for several days, it is disappeared... A big box.

So..

I don't know how my feeling now..

Ya Allah, jauhkan aku dari perasaan sebegini. Aku tak kehendaki perasaan ini muncul kerana ini akan menambahkan titik hitam.. Pada Mu aku memohon pertolongan kerana aku tak mampu menolong diri aku sendiri. Amin ya rabbi alamin..

I hope i can be strong.

p/s: kalu kita dah niatkan brg tu utk anak yatim, homeless atau sesiapa sahaja. kita kena pastikan sebaik2nya kerana niat tu sangat penting.. walaupun nampak mudah.

p/s: sesiapa yang nak bagi pakaian terpakai kpd homeless semester depan, blhla bg kt saya.


[55] Kau tabah di hatiku..

0 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak tahula saya nak mula kan post ni macamana, post ni ditaip dengan pelbagai perasaan.. Ada kagum, ada sedih, ada gembira, ada bersyukur.. Tapi biarlah DIA Yang Maha Mengetahui semua itu.. Setiap manusia ada kisah tersendiri tak kira jantina, agama, bangsa dan negara begitu juga tak kira umur. Hari ni saya lebih tertarik nak bercerita kisah wanita yang bagi saya mereka sangat tabah. Mungkin bagi sesetengah orang tak bersetuju dengan saya tapi saya faham sebab masing-masing ada pandangan tersendiri, anda bolehlah berkongsi pandangan anda di ruangan komen.


Antara kisah-kisah yang saya rasa mereka cukup tabah menghadapinya;

1. Seorang wanita yang terpaksa mengadaikan perasaan untuk berumah tangga kerana menghadapi penyakit kronik. Mustahil sangat seorang wanita tak menginginkan sebuah keluarga dan anak-anak yang comel serta suami sebagai tempat mengadu, bermanja dll. *tak boleh ckp lebih2 kata ustaz, awak tak kawen lagi.* Bagi saya, dia sangat tabah, menahan sakit yang bertahun-tahun tanpa merungut. Bergantung hidup pada ubat sehingga sekarang.. Dia tak disarankan berkahwin dan melahirkan anak. Saya doakan kakak sentiasa dibawah lindunganNya..amin..

2. Seorang gadis yang terpaksa tinggal di dalam rumah perlindungan kerana dirogol. Masyarakat memandang serong pada dia walaupun bukan kesalahn dia sendiri dan dia terpaksa melahirkan anak tanpa kerelaannya sendiri.. Ya Allah, begitu besar dugaan Mu kepada hamba Mu.. Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita sendiri tak pasti bila ia akan muncul..

3. Seorang ibu membesarkan anak-anaknya kerana kehilangan suami tercinta. Berkerja siang malam mencari rezeki untuk anak-anak. Tak kira penat lelah asalkan anak-anak dapat cukup makan. Sejauhmanakah kesedaran kita atas pengorbanan orang tua kita pada kita. Semoga Allah tidak pernah merampas perasaan menghargai kedua-dua ibubapaku sehingga nafas terakhirku.. Amin..

4. Seorang isteri yang sanggup setia pada seorang suami walaupun didera, disepak, diterajang, dimaki dan pelbagai lagi. Nauzubillah.. Setiap kali diperlakukan sebegitu, dia sentiasa memaafkan silap suaminya, sentiasa berfikir mungkin suaminya ada masalah di tempat kerja dan mungkin suaminya akan berubah.. Ya Allah, begitu tabah kakak menghadapinya. Bertahun kakak setia pada suami kakak. Semoga ketabahan itu sebati dalam diri kakak. Saya doakan kakak sentiasa dilindungi Allah.. Amin..


Mungkin cerita diatas tak menarik kerana saya tak pandai bercerita. Cerita diatas bukan dongeng semata-mata tapi kisah benar yang berlaku disekeliling kita tanpa kita sedar siapa mangsa siapa pemangsa. Jika kita ditempat mereka adakah kita setabah mereka? Adakah kita mampu bersabar seperti mereka? Apakah kita akan melarikan diri dari masalah kita tu? Menyalahkan tuhan atas semua yang berlaku? Sama-samalah kita muhasabah diri seiring dengan taubat


Saya sentiasa memohon kepadaNya supaya saya, keluarga dan sahabat-sahabat saya sentiasa dikurniakan ketabahan. "Allah takkan menguji umatNya lebih daripada kemampuan umatNya.."


Sekian perkongsian ini..

Mampukah kita (wanita) menjadi setabah Sumayyah binti Khabath??


[54] Wahai imamku..

0 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Jika namamu yg tertulis di Lauhul Mahfudz utk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dlm diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku. Wahai seseorg yg telah tertulis di Lauhul Mahfudzku, imamku & ayah kpd anak-anakku, engkau yang akan bersama perjalananku nanti. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, mempersiapkan dirimu utk jd imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.

Saya sangat suka trademark "Kalau nak yang soleh, maka jadilah yang solehah".. Tapi apa-apa pun niat tetap kena betul. Jadi solehah bukan kerana lelaki yang soleh tapi untuk Allah SWT taw.. 

waallahu a'lam




[53] Simple Dedication for opening 2012

0 Komen
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tanpa sedar dah 4 hari kita di dalam tahun baru iaitu tahun 2012.. Sejak masuk tahun baru juga, macam-macam isu yang timbul.. Tak kisah lah isu papepun.. Janji saya nak ambil yang positif sahaja supaya saya akan kekal menjadi yang positif.. Barulah hidup bahagia.. hihi

"Setiap kali kita taip atau cakap komen negatif terhadap orang lain, maka kita kita telah berfikir negatif dan hormon negatif akan dikeluarkan dan tubuh kita akan mendapat kesan buruknya. Bila kita sebut tidak baik tentang orang lain ini menunjukkan fokus hidup kita melihat orang lebih dari diri sendiri. kasihan kita pada mereka ini dan sama kita doakan mereka. Lihat apa kita taip dan baca Bismillah dulu sebelum menekan." - Prof Dr Muhaya

Apabila kita menaip dan menulis tak lupa juga bercakap, kita kadang-kadang tak sedar apa kah apa yang kita buat itu boleh menyebabkan orang lain terasa, sakit hati dan lain-lain.. Orang kata, terlajak perahu memang boleh corner tapi terlajak kat oppss, sory..

Bermula 2012 ni, jom la sama-sama kita bercakap benda baik, elakkan prasangka dan lain-lain sewaktu dengannya. Kita tak tahu apa yang orang lain rasa, kita tak tahu apa yang orang lain berkata-kata dalam hati mereka apabila kita mengeluarkan "statement" yang agak panas dan susah diterima orang lain..

‎"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang" Ayat 12 : Surah Hujrat.

Seperti kata kak wardina; NO to prasangka dan berkata yang buruk. Yes to being nice to all humans. no matter who.

Oklah.. Move to another story. Macam-macam cara orang sambut tahun baru, ada yang pergi Dataran Merdeka, ada yang sambut depan tv, ada yang sambut dalam mimpi *oopppss.. terasa kot* dan sebagainya. Tapi tahun ni saya dapat tahu benda baru, seriously sebelum ni tak tahu pun ada program macam tu such as Malam 1001 Jiwa, Karnival Dakwah Indahnya Islam di Masjid Jamek, UAI di Stadium Shah Alam tapi semua tu tak dapat eden nak join. Antara sebabnya, eden ada exam 3hb Januari. Walaupun 3hb tapi 4hb eden ada jugak exam iaitu hari ni. So life kenala pandai-pandai arrange. Dalam program ini ada yang pengisiannya ialah kempen jom solat, jauhi zina dan lain-lain.. Kiranya program ini mempunyai pengisian yang amat menarik bagi saya. Tapi dah tak boleh nak join. Saya redha je la..

Simple dedication for opening 2012, saya nak ucapkan Selamat Berazam Baru, Selamat Tahun Baru, Selamat Dapat Baby Baru *surely for my cousin*, Selamat Berexam dan Selamat Selamat Selamat, Semoga tuhan memberkati kamu semua..

wallahu a'lam