[53] Simple Dedication for opening 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tanpa sedar dah 4 hari kita di dalam tahun baru iaitu tahun 2012.. Sejak masuk tahun baru juga, macam-macam isu yang timbul.. Tak kisah lah isu papepun.. Janji saya nak ambil yang positif sahaja supaya saya akan kekal menjadi yang positif.. Barulah hidup bahagia.. hihi

"Setiap kali kita taip atau cakap komen negatif terhadap orang lain, maka kita kita telah berfikir negatif dan hormon negatif akan dikeluarkan dan tubuh kita akan mendapat kesan buruknya. Bila kita sebut tidak baik tentang orang lain ini menunjukkan fokus hidup kita melihat orang lebih dari diri sendiri. kasihan kita pada mereka ini dan sama kita doakan mereka. Lihat apa kita taip dan baca Bismillah dulu sebelum menekan." - Prof Dr Muhaya

Apabila kita menaip dan menulis tak lupa juga bercakap, kita kadang-kadang tak sedar apa kah apa yang kita buat itu boleh menyebabkan orang lain terasa, sakit hati dan lain-lain.. Orang kata, terlajak perahu memang boleh corner tapi terlajak kat oppss, sory..

Bermula 2012 ni, jom la sama-sama kita bercakap benda baik, elakkan prasangka dan lain-lain sewaktu dengannya. Kita tak tahu apa yang orang lain rasa, kita tak tahu apa yang orang lain berkata-kata dalam hati mereka apabila kita mengeluarkan "statement" yang agak panas dan susah diterima orang lain..

‎"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka adalah dosa, Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, Dan janganlah antara kamu mengata sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang" Ayat 12 : Surah Hujrat.

Seperti kata kak wardina; NO to prasangka dan berkata yang buruk. Yes to being nice to all humans. no matter who.

Oklah.. Move to another story. Macam-macam cara orang sambut tahun baru, ada yang pergi Dataran Merdeka, ada yang sambut depan tv, ada yang sambut dalam mimpi *oopppss.. terasa kot* dan sebagainya. Tapi tahun ni saya dapat tahu benda baru, seriously sebelum ni tak tahu pun ada program macam tu such as Malam 1001 Jiwa, Karnival Dakwah Indahnya Islam di Masjid Jamek, UAI di Stadium Shah Alam tapi semua tu tak dapat eden nak join. Antara sebabnya, eden ada exam 3hb Januari. Walaupun 3hb tapi 4hb eden ada jugak exam iaitu hari ni. So life kenala pandai-pandai arrange. Dalam program ini ada yang pengisiannya ialah kempen jom solat, jauhi zina dan lain-lain.. Kiranya program ini mempunyai pengisian yang amat menarik bagi saya. Tapi dah tak boleh nak join. Saya redha je la..

Simple dedication for opening 2012, saya nak ucapkan Selamat Berazam Baru, Selamat Tahun Baru, Selamat Dapat Baby Baru *surely for my cousin*, Selamat Berexam dan Selamat Selamat Selamat, Semoga tuhan memberkati kamu semua..

wallahu a'lam 



No comments:

Post a Comment