[55] Kau tabah di hatiku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tak tahula saya nak mula kan post ni macamana, post ni ditaip dengan pelbagai perasaan.. Ada kagum, ada sedih, ada gembira, ada bersyukur.. Tapi biarlah DIA Yang Maha Mengetahui semua itu.. Setiap manusia ada kisah tersendiri tak kira jantina, agama, bangsa dan negara begitu juga tak kira umur. Hari ni saya lebih tertarik nak bercerita kisah wanita yang bagi saya mereka sangat tabah. Mungkin bagi sesetengah orang tak bersetuju dengan saya tapi saya faham sebab masing-masing ada pandangan tersendiri, anda bolehlah berkongsi pandangan anda di ruangan komen.


Antara kisah-kisah yang saya rasa mereka cukup tabah menghadapinya;

1. Seorang wanita yang terpaksa mengadaikan perasaan untuk berumah tangga kerana menghadapi penyakit kronik. Mustahil sangat seorang wanita tak menginginkan sebuah keluarga dan anak-anak yang comel serta suami sebagai tempat mengadu, bermanja dll. *tak boleh ckp lebih2 kata ustaz, awak tak kawen lagi.* Bagi saya, dia sangat tabah, menahan sakit yang bertahun-tahun tanpa merungut. Bergantung hidup pada ubat sehingga sekarang.. Dia tak disarankan berkahwin dan melahirkan anak. Saya doakan kakak sentiasa dibawah lindunganNya..amin..

2. Seorang gadis yang terpaksa tinggal di dalam rumah perlindungan kerana dirogol. Masyarakat memandang serong pada dia walaupun bukan kesalahn dia sendiri dan dia terpaksa melahirkan anak tanpa kerelaannya sendiri.. Ya Allah, begitu besar dugaan Mu kepada hamba Mu.. Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang kita sendiri tak pasti bila ia akan muncul..

3. Seorang ibu membesarkan anak-anaknya kerana kehilangan suami tercinta. Berkerja siang malam mencari rezeki untuk anak-anak. Tak kira penat lelah asalkan anak-anak dapat cukup makan. Sejauhmanakah kesedaran kita atas pengorbanan orang tua kita pada kita. Semoga Allah tidak pernah merampas perasaan menghargai kedua-dua ibubapaku sehingga nafas terakhirku.. Amin..

4. Seorang isteri yang sanggup setia pada seorang suami walaupun didera, disepak, diterajang, dimaki dan pelbagai lagi. Nauzubillah.. Setiap kali diperlakukan sebegitu, dia sentiasa memaafkan silap suaminya, sentiasa berfikir mungkin suaminya ada masalah di tempat kerja dan mungkin suaminya akan berubah.. Ya Allah, begitu tabah kakak menghadapinya. Bertahun kakak setia pada suami kakak. Semoga ketabahan itu sebati dalam diri kakak. Saya doakan kakak sentiasa dilindungi Allah.. Amin..


Mungkin cerita diatas tak menarik kerana saya tak pandai bercerita. Cerita diatas bukan dongeng semata-mata tapi kisah benar yang berlaku disekeliling kita tanpa kita sedar siapa mangsa siapa pemangsa. Jika kita ditempat mereka adakah kita setabah mereka? Adakah kita mampu bersabar seperti mereka? Apakah kita akan melarikan diri dari masalah kita tu? Menyalahkan tuhan atas semua yang berlaku? Sama-samalah kita muhasabah diri seiring dengan taubat


Saya sentiasa memohon kepadaNya supaya saya, keluarga dan sahabat-sahabat saya sentiasa dikurniakan ketabahan. "Allah takkan menguji umatNya lebih daripada kemampuan umatNya.."


Sekian perkongsian ini..

Mampukah kita (wanita) menjadi setabah Sumayyah binti Khabath??


No comments:

Post a Comment