[66] Result SPM..

0 Komen
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ni merupakan hari bersejarah untuk semua SPM 2011 candidates. Adik saya juga salah seorang daripadanya. Dalam sejarah family belum ada lagi yang dapat straight A's dalam SPM. UPSR dan PMR tu adalah dalam sejarah keluarga iaitu my sisters.

Pukul 10 lebih pagi tadi, saya call ibu tanya pasal adik. then ibu kata adik dah sampai penang. Dia taknak ibu temankan dia pergi ambil result. Dia naik bas dari trg sorg diri semata-mata nak ambil result. The same thing happen when she want got her UPSR result. Tapi ibu just kata dia call nangis sebab kawan dia dapat BI B.. Ibu ingatkan dia yang dapat camtu. Pastu ibu bagilah nasihat kat dia suruh bersabar, jangan fikir bukan2.

Pukul 11 lebih pulak, saya try call adik. haha. sis, kakak dengar suara awak lain. tapi tak mahu ganggu emosi dia. haha. dia cakap dengan saya dalam keadaan sebak. Then saya kata kat dia, tak kisah dapat berapa pun. Jangan risau, ayah tak marah.

Pukul 12 lebih saya call balik, then dia gitau kakak, era takdapat straight A's.. Saya katalah takpe, then dapat berapa?.. Dia kata dapat 8A 1B+.. Lepas ni tak boleh jadi engineer la. Fizik tak pandai. Ayah marah sebab dapat B fizik kenapa tak dapat A.

Conclusionnya.. kalu Allah kata itu lah result kita, itulah yang kita dapat. Dulu saya pun dapat result tak sehebat adik-adik. Just dapat 4A 7B. Ayah pun tanya kenapa yang B tak dapat A. Haha. Ini lah hasil daripada usaha. Memang saya malas nak belajar, itulah result tak ok.


 

Walauapapun yang anda dapat, itulah yang terbaik sebenarnya!!

p/s: semoga hati ni tenang walaupun rasa tak tenang, walaupun rasa serabut, walaupun rasa tersentap. Allah ada dengan kita sentiasa.




[65] Yang dekat harap tak jauh.

0 Komen
Jangan nak suram-suram sangat. Bila busy memang cmni la jadinya. Tak boleh bersama dengan orang yang sentiasa bersama. Bila pusing-pusing sana sini, walaupun kenal takdapat nak berbual panjang. Orang kata memang tak best. Tapi banyak benda jugak boleh belajar. Banyak benda baru yang ditimba. Pastu bila orang yang rapat dengan kita tu, kita rasa dah jauh dengan dia. Mulalah nak touching la, frustla and whateverla.

Next topik, bila buat program ala-ala sejarah dan perlembagaan ni memang lah tak susah. *ok, sebenarnya payah tapi tak nak pandang sebagai masalah.* Nak tarik orang bersuara memang payah. walaupun kenyataannya kita berani bercakap di belakang. Yang dibenarkan payah pulak nak join, yang tak dibenarkan tu berani kan main. ok.. tak sabar nak tengok mereka semua nant.

Saya nak bagitahu kat orang-orang yang saya sayangi. Saya mintak maaf.. Saya rasa macam jauh dengan anda semua sekarang ni walaupun everyday jumpa orang baru tetapi anda semua tetap dihati. chewah. Apapun, nanti kita pergi redang bercuti ramai-ramai. Maaf juga if ada salah silap.

maaf Kata Kata Mutiara Minta Maaf
sorry for everything. rasa banyak sangat buat silap dengan orang.


[64] Alhamdulillah..

2 Komen
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera.

Alhamdulillah, Allah swt masih bagi kita semua bernyawa hari ni dan inshAllah untuk hari-hari seterusnya.. Alhamdulillah sebab Allah ketemukan saya dengan beberapa orang yang boleh memotivasikan saya. Macam tak sangka, mereka datang tanpa saya mintak dan tanpa saya cari.. Alhamdulillah..


Semoga dengan adanya ukhwah yang tercipta itu, saya harap saya akan lebih dekat denganNya. Lebih strong dari sebelum ni.. Diharapkan juga, Allah mempermudahkan jalan.. 


Syukur.. Alhamdulillah..

Semakin banyakku bersyukur, semakin banyakku menerima. InshAllah..


[63] Just smile and make du'a

0 Komen
Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera..


Everyday, kita memang akan terima yang happy yang baik dan tak lupa musibah iaitu yang tak berapa baik.. Begitu jugak saya. sometime i feel so down until i scared to face the next day. i just can smile and make du'a everytime to make sure every second i will go through is the best thing for me even it is really bad to others. Itulah ayat yang saya terkeluar apabila saya muhasabah diri sebentar tadi. Saya tak tahu kenapa kadang-kadang i can't go through problems come to me. Rasa sangat lemah. Yesterday, terima khabar lain, hari khabar lain, esok and next next day, maybe same thing.. Ya Allah, lemahnya hambaMu ini. But i need go through jugak sebab masih bernyawa di dunia ni. Ya Allah.. 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
 

Ya Allah, aku perlukan kekuatan atas apa yang berlaku padaku. Mungkin kah ini ujian untuk menghapus dosa-dosaku.? Aku mohon Engkau lapangkan dadaku, kuatkan fikiranku, bersihkan rohaniku dan berikan kekuatanMu kpdku.. Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar.. Sallallahu alayhi wa sallam.. Al-hamdu lillahi Rabb'l-'Alamin..

Amin Ya Rabbi Alamin..


[62] Jgn ikutkan perasaan..

2 Komen
Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Sebelum saya tidur dengan nyenyak saya cuma nak share sesuatu..

Yang kita nampak baik itu tak semestinya baik untuk kita, yang kita rasa menyeksakan tu la mungkin yang terbaik.. Jangan kerana seronok dan ikutkan perasaan sehingga kita sanggup mengadaikan agama, maruah, bangsa, negara dan keluarga kita.


Kita juga tak de hak memaksa seseorang untuk menjadi pasangan kita, kerana dia belum pasti akan menjadi hak kita.

Positif dalam kehidupan harus diamalkan.. Bekerja bukan untuk duit tapi untuk mendapat keredhaanNya..

"Apabila orang puji kita, kita tak perlu bangga kerana ia adalah hak Allah. Jadi kita seharusnya kembalikan hakNya dengan mengucapkan Alhamdulillah.." - En Imran Koyube

Usah terlalu menyanjung kelebihanku, bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku.Usah terlalu berbangga akan keupayaanku, bimbang kau akan kecewa dengan kelemahanku.Usah terlalu memuji segala kebaikanku, bimbang kau akan teruji dengan kejahatanku.Usah terlalu berharap akan diriku, bimbang nanti yang kau harap tidak seperti yang kau mahu. 

p/s: thanks to Fatin Khalilah sebab temankan saya untuk beberapa hari. thanks to kak izni, kak zaty n suraya jugak. Sekarang, saya sedang bekerja untuk program Konvensyen Bidadari Dunia.