[62] Jgn ikutkan perasaan..

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Sebelum saya tidur dengan nyenyak saya cuma nak share sesuatu..

Yang kita nampak baik itu tak semestinya baik untuk kita, yang kita rasa menyeksakan tu la mungkin yang terbaik.. Jangan kerana seronok dan ikutkan perasaan sehingga kita sanggup mengadaikan agama, maruah, bangsa, negara dan keluarga kita.


Kita juga tak de hak memaksa seseorang untuk menjadi pasangan kita, kerana dia belum pasti akan menjadi hak kita.

Positif dalam kehidupan harus diamalkan.. Bekerja bukan untuk duit tapi untuk mendapat keredhaanNya..

"Apabila orang puji kita, kita tak perlu bangga kerana ia adalah hak Allah. Jadi kita seharusnya kembalikan hakNya dengan mengucapkan Alhamdulillah.." - En Imran Koyube

Usah terlalu menyanjung kelebihanku, bimbang kau tak mampu menanggung kekuranganku.Usah terlalu berbangga akan keupayaanku, bimbang kau akan kecewa dengan kelemahanku.Usah terlalu memuji segala kebaikanku, bimbang kau akan teruji dengan kejahatanku.Usah terlalu berharap akan diriku, bimbang nanti yang kau harap tidak seperti yang kau mahu. 

p/s: thanks to Fatin Khalilah sebab temankan saya untuk beberapa hari. thanks to kak izni, kak zaty n suraya jugak. Sekarang, saya sedang bekerja untuk program Konvensyen Bidadari Dunia. 



2 comments:

  1. thnkz perkongsian ini =)
    join konvesyen bidadari tu ek~~
    ade lg tak?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada lagi.. nant daftarla secara online.. ;)

    ReplyDelete