[69] Tak paham.

1 Komen
Saya semakin tak faham dengan orang disekeliling. saya tahu ramai yang terasa dengan status Fb saya.
Lantakla. orang nak menilai. Terasa bermakna?? Em.. fikirlah sendiri. Org yang menilai dari penulisan sahaja tak semestinya akan mengenali orang tu sedalamnya.

Orang takkan berhenti berkata selagi dia ingin menutup kesilapan yang dilakukan. Dan saya tak pernah melabelkan saya hebat dimata orang. apabila saya berkata, ia terbukti terjadi. Kalaulah akibatnya tak terpias kepada saya. saya tak kisah. Tapi apabila ia menganggu keadaan diri saya *mungkin disini orang kata pentingkan diri*, saya memang akan naik hangin. saya tahu, orang yang mengalami je akan merasainya.
Percayalah, satu hari nanti anda akan turut sama faham. masa tu, orang sekeliling mampu lihat.

Saya tak menunding jari pada seorang tapi sekumpulan. saya faham saya salah. perbuatan saya salah. sebab salah naik status kan. sebab status saya menampakkan tuju pada seseorang.. membuka aib orang.. tapi takde plak mention nama. maaf lah ada yang terasa, tapi kalau terasa harap berubahla.. jangan tunggu kena ketuk baru nak bergerak. bukan satu kes je kena ketuk mcm ni, dah banyak. siap nak muntah2 dah. Jika pandangan kita disalah erti, apa boleh buat. Keadaan yang tak perlu ambil masa yang lama dah menunjukkan. Semoga dunia takkan terbalik sebab ramai sangat manusia yang suka putar belit.

Ya Allah ampunkan dosaku. semoga semuanya adalah yang terbaik. amin ya rabbi alamin.


[68] No name. No Feeling.

2 Komen
Assalamualaikum wbt.

Saya dah lama tak update apa-apa kat sini. Hari ini, saya rasa nak update sebab saya mengalami macam-macam situasi. huhu. Diharapkan mendapat kekuatan untuk hadapi ini semua.

Rindu. Rindu rumah sangat. Isi rumah lagi rindu.

Marah. Semua pegawai yang penting takde dalam UKM.

Gembira. Dapat belajar banyak benda baru.

Tak Sabar. Esok nak gi langkawi. Tapi jadi ke tak? Lusa kawan tunang. Congrate dari jauh je. Kalau Langkawi cancel, majlis sis akan saya tuju.

Stress. Bila orang yang tak dijemput tetiba datang. Jahat plak rasa. Tapi lagi stress bila ada orang tengah yang masuk campur. Harap dah settle. Ibu kata jangan layan. Tapi stress la.

Berdebar-debar. Hehe. Pintu bilik rosak, berdebar kalu balik nanti, pintu tu tak dapat buka.

The variety of feeling. Mampu jadi adunan kek.


Btw, nak main ice skatting lagi. ada yang nak ajak tak? hihi.

Wasalam. <3