[71] Jumpa Tun M untuk kali KEDUA!! Yehaa.!!

1 Komen
Assalamualaikum wbt dan salam ASPIRASI.

Pada 6 September lepas, saya telah ke Universiti Malaya untuk mendengar syarahan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Tajuk syarahan perdana beliau ialah Generasi Muda : Pencetus Atau Pemusnah Wawasan 2020. Tajuk syarahan ni amat menarik.


Antara yang sempat dicatat dan ingat :


"Masa depan kita mungkin akan rosak atas kelakuan kita sendiri..."

"Menguasai ilmu untuk mengaut ilmu sebanyak mungkin..."

"Menghargai nikmat yang banyak di negara kita.."

Kritikan mesti diterima dan ia bukan arahan..."

dan ada lagi catatan lain..


Setiap yang diperkatakan beliau mempunyai makna tersirat yang kita perlu fahami sendiri. Saya percaya itu dan saya sentiasa memikirkan setiap apa yang dia ucapkan.


Ia hanya lah sesi soal jawab.. Soalan dituju oleh mahasiswa daripada beberapa buah IPT yang dijemput. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar selama 1 jam.

Sungguh terpegun dengar Tun M bagi syarahan sambil tengok dia tersenyum. So sweet. Kesannya saya tak mampu mencatat syarahan beliau.. Perkara sama terjadi masa 1st attend program bersama beliau di Kuala Lumpur pada awal 2011 lalu. 

p/s :Apa-apapun.. Saya suka tengok Tun M tersenyum.. Motip.!!

"Baik buruk orang Melayu bergantung kepada orang Melayu. Kalau mereka hapus itu pilihan mereka."