[72] Ia datang disaat kita tak sedar. Hebatnya Allah.

1 Komen
Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera.

Hari ini merupakan genapnya saya 22 tahun. Bermula lah segalanya disini mematangkan lagi pemikiran dan tindak tanduk. Saat 22 tahun ni, macam-macam yang datang dalam pemikiran. Rasanya bukan mudah bergelar seorang dewasa yang banyak komitmen disekeliling. Rasa tidak mampu nak memikulnya sendiri tetapi saya harus mengambil risiko ini kerana inilah salah satu perkara yang harus ditempuhi di dunia ALLAH.

Saya bukan jenis sambut hari jadi. Setiap kali tiba masanya, saya akan berfikir apakah perancangan seterusnya untuk masa depan. Mungkin pemikiran anak sulung ni berbeza berbanding adik-adik yang sentiasa minta untuk diraikan ulangtahunnya. 

Hari ini dan saat ini, saya terfikir banyaknya dosa saya sehingga kini. tetapi sikitnya pahala saya. Tidak cukup amalan selama ni untuk dibawa ke hari esok dan seterusnya.

Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Hanya ALLAH mampu membalas semuanya.