[78] Tun Hasmah..

2 Komen


“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

[77] Terimalah realiti sebenar!

2 Komen
Assalamualaikum WBT. 

Sekarang, masa memandang dan melihat.
Kemudian, mengkaji dan menilai.
Akhir sekali, ketepikan mana kesilapan dan bawa bersama yang boleh membawa kejayaan.

Mentaliti masyarakat hari ini sampai tahap macam atas tu ke?
Sejauhmana kita sedar akan hakikat ini. Masyarakat kita masih belum boleh berfikir secara positif. Apabila sesuatu hal berlaku, mulalah masing-masing menunding jari salahkan orang itu dan orang ini. Hakikatnya, masyarakat kita tak sedar dari tidur yang lena lagi.

Kalau kerja, nak gaji besar tapi kerja macam papan kosong yang tak bertulis.
Kalau makan, nak sedap tapi diri sendiri takpandai masak.
Kalau membeli, nak murah tapi tak pernah berusaha untuk berjimat.

Macam-macam. Kaedahnya masyarakat kita ni memang nak mudah dari A TO Z! Wahoo! Hebat!

Ni pulak satu hal lagi, tak faham mentaliti "sesetengah" orang. bila kita cakap hal sebenar dari pandangan orang muda, dia boleh pulak menidakkan. 

Eh! Mungkin terlalu selesa. 

So kalau selagi tak jatuh terduduk, memang susah ke nak sedar realiti sebenar.

Inilah masalahnya kalau orang yang dah tak boleh terima realiti sebenar masih nak stay on the same chair


[76] Parlimen Bubar! Yeah! Balik Mengundi!

2 Komen
Assalamualaikum.. Salam Ceria.

Parlimen dah BUBAR! PARLIMEN ok bukan PERLEMBAGAAN. Kerana Parlimen dan Perlembagaan berbeza. Dyana ada nampak orang yang naik kan status tersasul menyatakan PERLEMBAGAAN terbubar. Gelak hati ini, tapi membetulkannya. Itulah guna ilmu, membetulkan yang salah. OK, I TAK SUKA SEJARAH. whatever. Jom save date penting-penting untuk bulan APRIL!

Difahamkan tarikh-tarikh penting seperti berikut :

03/04 - Parlimen dibubarkan
08/04 - SPR meeting.
06/04 - Pelancaran manifesto di Stadium Bukit Jalil
14/04 - Penamaan calon.
27/04 - Hari Undi

Apa lagi! Baliklah mengundi bagi yang BOLEH mengundi. Jalankan tanggungjawab memilih pemimpin yang berwibawa. OK. tak mahu membebel panjang-panjang. KUPILIHMALAYSIA!

Wasalam.

[75] Alhamdulillah Allah bagi peluang.

3 Komen
Assalamualaikum WBT. Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah Allah telah makbulkan doa untuk mendampingi Prof Muhaya. Terasa sangat dekat dengan Prof. Prof seorang yang sangat berinspirasi tetapi Prof selalu berpesan jangan telalu excited dengan manusia. Daripada menjadi volunteer nursery Prof, Prof banyak bagi peluang kepada saya mengutip ilmu Prof.
Alhamdulillah. Hanya Allah yang mampu membalas segala perbuatan Prof yang mulia. Kerana ilmu yang Allah hantarkan melalui Prof kepada saya, saya mendapat semangat baru.


Di surau An Nur.. Prof Muhaya ada program Celik Teenz.. Hantarlah anak-anak ke program ini. Banyak manfaat.


Rakaman Reset Minda InsyAllah akan di Astro Oasis bulan Feb ni. Semasa ke program Prof, berharap untuk membersihkan hati dan mengumpul ilmu Prof untuk dimanfaatkan kepada orang ramai terutamanya keluarga saya..


Tetap tersenyum walaupun dah 2 hari membuat rakaman. Sangat banyak manfaat. Jangan lupa tonton Bicara Inspirasi RESET MINDA.


Alhamdulillah dapat buku-buku Prof untuk manfaat diri sendiri dan keluarga. Sesiapa yang nak dapatkan buku Prof Muhaya, inshAllah boleh hubungi saya di dyanadirah@gmail.com.

#Antara yang menarik dalam Bicara Inspirasi RESET MINDA : Pilih suami dengan melihat keluarga bakal suami. Macamana keluarga bakal suami macam itu jugalah diri bakal suami itu. - Prof Muhaya

#Inspirasi RESET MINDA sesuai didengari oleh semua lapisan masyarakat termasuk yang bukan ISLAM.

Jangan lupa tonton Bicara Inspirasi RESET MINDA di ASTRO OASIS bulan Febuari ini. InsyAllah..