[78] Tun Hasmah..

2 Komen


“Saya fikir, saya mampu memahami kerjaya suami sebagai ahli politik kerana kami sama-sama bermula sebagai doktor. Kerjaya ini (doktor) ada kalanya menyebabkan suami perlu balik lambat, tetapi saya memahami kerana saya juga seorang doktor. Apapun, kita harus percaya dan bertoleransi dengan suami. Jangan cemburu tanpa sebab. Apa yang penting, biar sesibuk mana sekalipun, kita perlu cari masa untuk meluangkan masa bersama pasangan dan anak,” - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

[77] Terimalah realiti sebenar!

2 Komen
Assalamualaikum WBT. 

Sekarang, masa memandang dan melihat.
Kemudian, mengkaji dan menilai.
Akhir sekali, ketepikan mana kesilapan dan bawa bersama yang boleh membawa kejayaan.

Mentaliti masyarakat hari ini sampai tahap macam atas tu ke?
Sejauhmana kita sedar akan hakikat ini. Masyarakat kita masih belum boleh berfikir secara positif. Apabila sesuatu hal berlaku, mulalah masing-masing menunding jari salahkan orang itu dan orang ini. Hakikatnya, masyarakat kita tak sedar dari tidur yang lena lagi.

Kalau kerja, nak gaji besar tapi kerja macam papan kosong yang tak bertulis.
Kalau makan, nak sedap tapi diri sendiri takpandai masak.
Kalau membeli, nak murah tapi tak pernah berusaha untuk berjimat.

Macam-macam. Kaedahnya masyarakat kita ni memang nak mudah dari A TO Z! Wahoo! Hebat!

Ni pulak satu hal lagi, tak faham mentaliti "sesetengah" orang. bila kita cakap hal sebenar dari pandangan orang muda, dia boleh pulak menidakkan. 

Eh! Mungkin terlalu selesa. 

So kalau selagi tak jatuh terduduk, memang susah ke nak sedar realiti sebenar.

Inilah masalahnya kalau orang yang dah tak boleh terima realiti sebenar masih nak stay on the same chair